Tuesday, December 18, 2012

INSPIRATIONAL ROCKY


Let me tell you something you already know. The world ain't all sunshine and rainbows. It is a very mean and nasty place and it will beat you to your knees and keep you there permanently if you let it. You, me, or nobody is gonna hit as hard as life.

But it ain't how hard you hit; it's about how hard you can get hit, and keep moving forward. How much you can take, and keep moving forward. That's how winning is done. Now, if you know what you're worth, then go out and get what you're worth.

But you gotta be willing to take the hit, and not pointing fingers saying you ain't where you are because of him, or her, or anybody. Cowards do that and that ain't you. You're better than that!

- Rocky Balboa

Monday, December 17, 2012

ROCKY BUKAN SEKADAR FILEM

yeahhh rocky bukan sekadar filem

kerana s
atu-satunya movie yang boleh membuatkan gua menangis everytime gua tengok ialah Rocky.gua rasa ramai antara lu orang yang pernah tengok movie ni.

Movie ni actually dah lama.Start dari 1976 kalau tak silap.Ada banyak sequel...start dari Rocky sampai la yang latest Rocky Balboa.Serious kena tengok kalau anda mengalami simptom-simptom seperti ni : putus asa, kurang keyakinan diri dan yang sewaktu dengannya.



Kita selalu ada impian tapi selalu tak tercapai.Kenapa? Sebab kurang determination.Selalu tak bersungguh-sungguh.Gagal sekali terus berhenti.Itu lah antara pengajaran yang gua dapat dari movie ni.

Walaupon dah tengok berkali-kali, tapi bila tengok scene Rocky Balboa ni training,ditambah pulak dengan soundtrack movie yang inspiring gile....mesti menangis sebab gua boleh rasa positive energy  Rocky Balboa dalam movie tu.

Bila gua down,gua layan lagu soundtrack Rocky ni, secara automatik semangat tu akan datang balik.Saya akan imagine yang gua ni Rocky dan gua akan fight apa saja cabaran dalam hidup :)


P/S : lagu dalam movie ni semuanya datang dari bill conti 

Tuesday, October 16, 2012

ROUNDEL

haaa roundel ??? menatang apa ni 

ehh semalam hang pakai twitcon lambang apa weh ??

okeh..okeh biar gua terangkan apa itu roundel sebab semalam ada yang dok tambang lambang pelik apa yang gua buat sebagai twitcon atau avatar dekat twitter tu

roundel merupakan heraldik dalam berbentuk cakera atau istilah roundel juga sering digunakan untuk merujuk kepada jenis lambang kebangsaan yang digunakan pada pesawat tentera dan umumnya berbentuk bulat dan biasanya terdiri daripada gelang sepusat warna yang berbeza 

pesawat tentera yang menggunakan istilah roundel terlebih dahulu datangnya daripada perkhidmatan udara perancis semasa perang dunia pertama dan reka bentuk yang dipilih adalah warna kebangsaan perancis yang warna biru-putih-merah iaitu melambangkan bendera perancis 

contoh roundel di atas muka bumi ni :-


roundel rhodesian air force
           v





roundel royal saudi arabian air force  >




roundel philippines air force
v



dan roundel ini pula menjadi kebanggaan buat kita semua rakyat MALAYSIA katanya roundel dari RMAF 



********

katanya hampir setiap tentera udara di atas muka bumi ini mempunyai roundel mereka yang berbeza warna dan mempunyai maksud yang tersendiri dan RMAF atau TUDM dijuga ketinggalan dekat dengan roundel mereka :D



P/S : SENTIASA DI ANGKASA RASA ITULAH COGAN KATA 




Thursday, October 4, 2012

REVOLUSI

wahai musibat-musibat FORKUSTIK KISMO yang dahulunya extension sial,gua akan membuat sedikit revolusi untuk laman ini dan akan meng-upkan entri yang lebih ringan dan tidak memberatkan

bersedialah...

revolusi itu perlu



P/S : INI BUKAN MENCARUT...INI SERIUS

Sunday, July 15, 2012

PESANAN UNTUK LANGIT

Boleh pinjamkan saya ruang legar kamu
yang seluas-luas itu 
untuk saya lakarkan wajah comel dia 
dan saya janji wahai sang langit
seluruh senyum ini hanya milik kamu





P/S : MRS.HIPO MERAJUK DENGAN KITA :(






Saturday, June 23, 2012

MALU TAPI MAHU

lelaki...
kau pandang mata perempuan yang kau suka dalam-dalam
dari mata kau boleh baca hati perempuan yang engkau suka

jangan tunggu perempuan confess
bertuah lah kalau perepuan nak mengaku dulu
kalau kau tak cakap yang engkau betul suka,
dia tidak akan tahu
ingat telepati ke boleh baca hati masing-masing,
siap berdialog hati ke hati ?

lelaki
cakap tau
cakap yang kau suka



P/S : NURUL AIN NAJWA BINTI AZHAR

Tuesday, May 15, 2012

MOGOK LAPAR

Tahanan Palestin yang berada di Mogok Lapar memerlukan Bantuan anda, Sila kongsi gambar ini dengan kawan anda untuk menyebarkan KESEDARAN tentang Mogok lapar yang terbesar dalam sejarah ..



Berkongsi dan jangan biarkan Media Barat mengebumikan kes mereka, semua mereka meminta HAK ASASI mereka sebagai tawanan perang, hak Lawatan, Hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.

"Korang tukar DP ni bukannya boleh bagi apa-apa manfaat kat rakyat Palestin pun."

Sebelum ni, ada anda kisah nak ambil tahu tentang hari Nakbah & mogok lapar di Palestin? Sekurang-kurangnya anda sendiri tahu lepas ramai-ramai tukar DP. It's called awareness. Kalau anda tak setuju sekalipun, tak payahlah nak memperlekeh orang lain yang buat.


P/S : 15 MAY | NAKBAH DAY


Wednesday, May 9, 2012

WORDLESS WEDNESDAY #11


******

WALAUPUN DI BULI INCIK HULK TETAP COOL....



P/S : SEKADAR MANUSIA BIASA...


Thursday, May 3, 2012

ANGKATAN 47

liey bite,aril,ros hitam dan lain-lain perlu disedarkan | semua musibat baik yang panas baran mahupun lembut hatinya | kita perlu bergerak sebagai satu angkatan untuk melunaskan dendam yang pernah terpahat di dalam hati | dendam kepada tukang sapu sampah,dendam kepada yang menjaga makanan,dendam kepada bonggol jalan,dewan,bilik cucian pakaian,line internet,inflasi perpustakaan dan hal ehwal kebudayaan | sekali ini kita berjuang dan lihat hasilnya

walaupun semua tidak pernah masuk universiti | namun tidak masuk universiti itu pun ada untungnya kerana disana mahasiswa lebih belajar dengan penakut daripada belajar dengan berani

di dalam satu angkatan yang power ini kita mesti sedar bahawa cara kita bertindak perlu memberikan kesan | kalau boleh power itu mestilah bertahan sampai sudah tetapi untuk sesuatu yang power kita mestilah berfikir jauh dan sangat jauh mengatasi segala buah fikiran orang.

kenapa kita perlu bertindak ?? kenapa ?? kenapa ?? kenapa

kerana ini untuk masa depan kita dan aku tidak mahu di tegur begini rupa :

" eh bukan ko punya tak diiktiraf ke " ??

" jilake slow la sikit tanya tu...ha'ah aku lah "

"kah..kah..kah ! " digelak dari pagi sampai ke petang



P/S : HILANG PUNCA

Wednesday, May 2, 2012

WORDLESS WEDNESDAY #10


*****

TERNYATA BILA DIA TERSENYUM NAMPAK SEKALI AKAN KECOMELANNYA HEHEHEHE :P




P/S : KATANYA "ANAK AZHAR MAKIN COMEL "


Tuesday, May 1, 2012

THOR the GAGAH

Jika belum baca sila terjah SINI

jika sudah baca bagus sebab pada entri yang lepas gua sudah menceritakan akan koleksi yang mempunyai nilai bagi diri ini dan gua telah amanahkan kepada seorang gadis akan koleksi itu kerana apa biar gua dan dia saja tahu tetapi…

menjadi serba salah pula apabila gadis tersebut telah memberikan sebuah barang yang mempunyai cerita disebalik cerita untuk disimpankan sebagai peneman dan penghibur taktala ketika sepi dan sudah gua berjanji kepada si gadis akan menjaga koleksi tersebut dengan sebaik yang mungkin

walaupun barang yang diberikan kepada gua itu nampak hanya sebuah koleksi “mainan” yang mungkin tiada nilai bagi lu orang semua tapi hanya gua dan si dia sahaja tau akan isi cerita di sebalik cerita mengenai barang tersebut keh..keh..keh

VROMMM....ferari tu hehehe :P

bila terlihat barang tersebut pasti diri ini akan tersenyum ataupun tergelak keseorangan kerana secara tetiba akan terlintas di dalam minda ini mungkin si dia seorang yang kuat merajuk dan untuk berbaik dengan si dia memerlukan “modal” yang agak besar jika berhajat untuk berbaik semula dengan si dia

wahai gadis akan ku ingat pesanan mu pabila besendirian nanti :-

- “ balik sana jaga diri weh ! “
- “ simpan “mainan” ni elok-elok,kau lah sahabat terbaik aku ! :)
- “ nanti rajin-rajin lah balik sini ye “

*******

THOR the GAGAH gua akan kuatkan mental fizikal dan mungkin akan kurangkan main sebab takut dengan tukul besi hang tu weh..dan yang terakhir tu gua akan cuba mengelakkan untuk menjadi poyo disisi hang “THOR “ kerana gua hanya sekadar lelaki biasa 



P/S : HAI !! THOR KITA KAWAN KAN :P

Sunday, April 29, 2012

SI IBU & GADIS

semalam ( 27.04.2012) mungkin malam yang agar menarik untuk dibicarakan..mana taknya apabila PN.ROHAYA sendiri menyoal siasat cik ain dengan nada yang agak rancak dan nampak reaksi mereka seperti di dalam dunia yang tersendiri keh..keh..keh 

apa yang dibicarakan entah la hanya mereka saja yang tahu tapi diri ini hanya dapat mendengar apabila PN.ROHAYA berkata sedemikian "iman memang macam tu tahun lepaih dia bagi kain tapi potongan kain tak cukup nak buat baju tahun ni dia bagi kasut tapi tak muat pula" 

yeah mungkin tekaan gua tidak berapa tepat kerana gua memang tiada pengalaman dalam hal untuk membeli seperti wanita diluar sana tetapi semalam gua sudah belajar sedikit akan citarasa seorang wanita 

dan pada masa akan datang mungkin tidak menjadi masalah lagi untuk diri ini kerana keluar bersama cik ain dan cik intan sudah cukup untuk belajar akan mengenai citarasa seorang wanita mana taknya dari satu kedai ke satu kedai di terjah nya 

masih sempat bergambar tak kira situasi dan masa

mungkin cik ain akan berkata di dalam hati " man hang kejam betui ada ka patut bagi kita cakap dengan mak dia " tapi cik ain cheq tak ada niat pun nak buat macam tu sebab PN.ROHAYA sendiri yang berniat begitu dan cheq hanya menurut arahan sahaja 



P/S : TERIMA KASIH CIK AIN & CIK INTAN 

Saturday, April 28, 2012

HARTA

gua sebenarnya jenis yang menghargai apa yang ada dekat sekeliling gua,tak kira lah benda tu kecik ka besaq ka janji ada nilai yang tersendiri

pabila bercakap mengenai nilai..ada satu harta gua yang mempunyai nilai nya yang tersendiri..kenapa??kenapa??kenapa?? harta tu berjuta ka nilai dia ??

ini bukan mengenai juta ataupun tidak tapi ini lebih kepada koleksi peribadi yang mempunyai cerita di sebalik cerita |jersi harimau malaya memang mempunyai nilai yang tersendiri kepada gua..kenapa ??

sebab dari zaman ayah gua lagi dia dah kumpul koleksi tiket perlawanan yang melibatkan pasukan bola sepak malaysia atau skuad harimau malaya

bila lahirnya gua ke dunia dia sudah mula bertukar bidang dari tiket ke jersi pula dan di amanahkan kepada gua supaya mengumpul seberapa banyak yang boleh

dalam banyak koleksi jersi skuad harimau yang gua ada ini paling epic sekali sebab jersi ini telah menamatkan saat penantian yang begitu lama buat skuad malaysia memenangi piala aff suzuki dan jersi ini siap juga ditandatangi oleh para pemain tersebut :P

awas model ini garang macam harimau malaya !!!

*****

masih teringat lagi akan jersi pertama yang dikumpul ialah jersi home pada tahun 2007 dan yang uniknya koleksi jersi ini setiap tahun dia akan berubah corak dan warna 


P/S : cik ain najwa jom kumpul jersi harimau malaya 

Thursday, April 26, 2012

TAHNIAH ORANG LAUT


******


TAHNIAH BUAT SEMUA ANGGOTA PASUKAN TLDM KERANA TELAH MEMASUKI ULANG TAHUN KE-78 SEMOGA ANDA SENTIASA MENGAWASI PERAIRAN NEGARA DENGAN SETIA



KEMULIAAN..KESETIAAN..KEBERANIAN..KEBANGGAAN
27.04.2012 HARI TLDM KE-78..GEMPUR WIRA !!!





P/S : SEDIA BERKORBAN


Wednesday, April 25, 2012

WORDLESS WEDNESDAY #9


*****

no mission too difficult..no sacrifice too big



P/S : AIR FORCE NEXT GENERATION


Tuesday, April 17, 2012

KEKUATAN

katanya mengenai kekuatan tapi baru diri ini sedar akan beratnya tugas sebagai seorang ketua kepada sesebuah kumpulan yang sudah pasti tidak sama umur dan berbeza pendapat

setakat menjadi ketua tingkatan di sekolah itu pernah tapi bila sampai disini jauh beza sekali dengan situasi yang dihadapi hampir semua hendak bersuara mengenai pendapat masing-masing dan ada juga yang ikut kata hati sendiri tapi itulah manusia bermacam-macam ragam bukan

****

jika ketua hang gugur di medan perang dan hang orang ke dua paling berkuasa dalam pasukan tu apa yang akan hang buat ???


bila mulut berbicara memang senang tapi bila diri ini memangku jawatan sebagai ketua baru terasa berat sekali untuk mengeluarkan arahan atau perintah takut melakukan sebarang kesilapan tapi kita harus berani untuk menerima kekalahan dan kejatuhan bukan

lantas diri ini hanya mampu berdoa agar dikuatkan fizikal dan emosi taktala saat diuji itu ternyata amat berat sekali 


*****

dikau berikan lah diri ini kekuatan untuk membentuk satu karakter yang berkeperibadian agar dapat menerima perintah dan memerintah dengan baik malahan untuk mencapai matlamat membina hari esok dengan lebih baik supaya digeruni oleh pihak musuh




P/S : KEKUATAN MEMBERI PENGERTIAN YANG BERBEZA

TIADA KOMPROMI !!!

hari ini selasa 17.04.2012 di tempat gua telah diadakan pemilihan jawatan kuasa untuk tahun 2012 bagi melancarkan sistem pentadbiran katanya tapi umur gua masih lagi muda dan tidak berminat untuk menceburi bidang politik pada ketika ini

semua calon siapa dengan manifesto yang tersendiri tapi yang nak pancing undi saat akhir pun ada juga itu lah sifat manusia sudah diberi tempoh tapi masih lagi tidak mencukupi

*****

" haji !! jangan lupa undi saya " - pesan seorang hamba allah 

" ehh haji dah pergi undi belum ?? kalau belum jangan lupa saya " - pesan seorang lagi hamba allah 

" haji dah pergi makan belum " - awat tetiba jadi baik dengan gua 



oohh okeh baru gua mengerti semua itu hanya sekadar meraih undi disaat akhir tapi gua pilih bukan sebab atas faktor last minit ka kita satu team ataih padang ka tapi yang gua pilih sudah pasti boleh menjalankan tugas dengan baik

itu yang menjadi keutamaan kalau harapkan muka " macho gila " tapi banggang buat apa baik pilih selekeh yang pandai buat kerja 



*****

" in the war there's no room to pity,kill or killed "




P/S : MAAFKAN SAYA TUAN

Thursday, April 12, 2012

MALAYSIA BAKAL DI SERANG !!!

PERINGATAN !!!

ENTRI INI SEKADAR PERINGATAN DAN TIADA UNSUR PERKAUMAN ATAU APA SAJA YANG MENGENAI HIDUP DAN MATI...

andai Malaysia di serang seperti negara islam yang lain....

apabila negara-negara islam yang lain di landa peperangan atau diserang oleh askar kafir kita sering kali mendengar pemimpin-pemimpin kita menggunakan modal seperti ini " kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai "

tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak sejarah ditulis setelah ia berlaku tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku masih kita ingat peristiwa bosnia dan herzegovina ?? jika masih samar kita undurkan sedikit waktu untuk kembali pada zaman itu

ketika rakyat islam bosnia disembelih oleh paramilitari serb,pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka.

jadi untuk sejenak mari kita berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu : Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara islam lain dan negara islam yang lain pula jadi seperti kita sekarang

MALAYSIA DISERANG ???

" MELAYU MUDAH LUPA " - Tun.Dr Mahathir

AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas ada pejuang hizbullah terlepas ke Malaysia lalu menghantar kapal pengangkut pesawatnya ( CARRIER ) di selat melaka dan di laut china serta menghantar kapal selam nuklearnya dengan muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang Malaysia

AMARIKOS menyuruh negara berhamipran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan,TAHAILAND di utara serta PILLIPNNOS di timur untuk menyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan dan Palestin

Malaysia tetap mempertahankan bahawa negara ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan,Iraq,Lubnan dan Palestin * ingat masa itu hak asasi manusia yang anda sering suarakan sudah tiada makna lagi 

Perdana Menteri kita..YB wakil rakyat..Parlimen dan ADUN serta tidak ketinggalan tauke cina dan india yang kaya raya semua pasti cabut lari ke keluar negara dengan pesawat peribadi masing-masing.mereka semua ada duit untuk mencari perlinfungan di luar negara

yang tinggal hanya MELAYU ISLAM yang miskin hina terdampar di negara sendiri taktala menunggu masa untuk diserang oleh tentera kuffar AMARIKOS dan sekutunya 

pada ketika itu barulah rakyat tahu bahawa pemimpin melayu dan tauke cina dan india yang dijadikan pemimpin sebelum ini tidak sama seperti khalifah umar al-khattab,khalifah ali abi thalib,khalifah khalid al-walid.khalifah salahuddin al-ayubbi yang sanggup berada di barisan hadapan untuk berdepan dengan musuh-musuh islam

tempat yang mula-mula sekali dibedil dengan bom ialah PUTRAJAYA dan diikuti negeri-negeri lain.AMARIKOS dan sekutunya mengebom dan melancarkan peluru berpandu serta tidak ketinggalan membedil dan menembak rakyat Malaysia

mereka membunuh orang tua,perempuan dan anak-anak kecil orang melayu islam kita sama seperti yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa !!! AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran.

dan pada ketika itu kita akan terdengar ucapan daripada pemimpin dunia islam yang lain menyatakan :

" kami negara-negar islam mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia "

" kami akan menghantar 10 000 tentera pengaman ke MALAYSIA selepas perang tamat nanti "

" alhamdulillah negara kita indonesia aman damai berbanding dengan negara MALAYSIA yang dilanda peperangan..kita patut bersyukur kerana dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana yang aman harmoni "

*pemimpim malaysia selalu sebut macam ini 

" kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada penduduk islam MALAYSIA yang dilanda peperangan "

*******

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DIATAS TAKTALA KITA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA 


P/S : FIKIRLAH SELAGI MAMPU

 

Friday, April 6, 2012

WARKAH UNTUK MR. ZORRO

salam mula sebagai pembuka bicara kepada mr.zorro | bagai mimpi menjadi kenyataan apabila dapat menulis surat kepada mr.zorro yang kini menjadi bualan hangat dikawasan ini sejak kebelakangan ini...

hai mr.zorro saya tahu awak tidak akan paham dan mengerti apa yang saya tuliskan ini tapi sebagai peminat koleksi superhero itu tidak menjadi penghalang untuk diri ini terus menulis warkah ini kepada anda

saya dipahamkan mr.zorro akan datang ke kawasan saya | adakah itu cuma sekadar khabar angin atau disebaliknya jika betul awak kemari sudah pasti saya orang pertama akan berasa bangga kerana dapat bertemu dengan zorro walaupun ada cerita disebaliknya

untuk makluman mr.zorro kami disini berbesar hati dengan kedatangan awak ke sini sehingga kan ada yang sanggup mengeluarkan sedikit modal untuk menjadi seperti awak dan ada juga yang ingin seperti rakan seperjuangan awak yang lain

untuk pengetahuan awak juga tiket masuk untuk melihat kelibat anda kemari dikhabarkan laris umpama goreng pisang panas diwaktu petang tapi adakah awak mengerti apa itu goreng pisang ??? 


ohh okeh terdapat kesilapan disitu maafkan saya mr.zorro

jangan pula disebabkan kesilapan ini anda tidak mahu melayani keletah para peminat yang sentiasa di belakang anda walaupun ada segelintir yang tidak beberapa suka akan kisah disebalik zorro yang suka mencuri dan bla..bla..bla lagi

tapi kami semua tahu akan kebaikan zorro lakukan itu mencuri untuk membantu golongan yang tertindas tapi masih ada cara lain bukan kerana dengan lakonan yang dilakukan takut pula ada yang terbawa-bawa sehingga menjadi zorro 2.0

maaf jika surat ini agak berat untuk dipahami oleh mr.zorro kerana untuk pengetahuan mr.zorro saya bukanlah peminat kipas mati anda kerana jiwa ultraman lagi besar di dalam diri ini hohohoho


******


pecah kaca,pecah gelas 
cukuplah mr.zorro baca,saya tidak minta mr.zorro balas




P/S : any problem mr.zorro 2.0 

ZORRO PUNYA HAL

hari ini seperti biasa tapi yang jadi tak biasa kerana gua dengar zorro nak datang tempat gua..bila zorro datang ?? acano dia buleh sampai dekat sini ?? itu semua lu orang semua jangan tanya

bila berbicara mengenai zorro masih gua ingat lagi di isi benak akan kisah cikgu gua bertanyakan satu soalan kepada diri ini pada ketika dahulu

" iman awak bila sudah besar mahu jadi apa "

" ultraman cikgu !!! " jawab budak darjah satu pada ketika itu

" tapi ultraman tak wujud la " balas cikgu gua

" ..... "

oh demm jawapan yang agak bernas yang diberikan oleh gua tapi dikatakan semua itu hanya sekadar mainan ilusi dan tahyul belaka tapi pada ketika itu gua percaya bahawa ultraman itu satu kehidupan yang mempunyai mak ayah,ada abang adik dan kakak

dan gua juga percaya akan kewujudan burung kuning di dalam cerita sesame street sebab gua percaya ada makhluk dalam tong sampah seperti elmo dan rakan-rakan yang lain

semua ini salah cikgu sebab telah menghancurkan impian gua untuk menjadi ultraman dan sekarang gua akan menyertai TUDM agar dapat merasai membawa jet seperti mana didalam cerita ultraman keh..keh..keh

******

semestinya ultraman itu pernah wujud dan hanya orang istimewa sahaja dapat jadi ultraman dan orang itu ialah gua !!





P/S : hye zorro !!!

Tuesday, April 3, 2012

JAWATAN KOSONG

PERHATIAN !!!


syarat-syarat :

- perempuan ( yang ada batang paip harap maaf )
- baik
- lemah lembut
- ada bakat dalam masakan
- hormat pada orang tua
- sedap mata memandang
- suka akan kepada baju kurung
- lebih manis jika bertudung bawal




jika anda berkelayakan sila berjumpa dengan mak gua untuk keterangan lanjut.

jika anda tidak memenuhi syarat tidak mengapa hantar dulu borang permohonan tersebut dengan bersertakan gambar bersaiz pasport mana tau ada rezeki hohoho :P

oh demm awat rasa lain macam ja ni keh..keh..keh 




*****

cik ain najwa binti azhar acano ni cheq da buat form macam hang suruh | apa lagi kata nak tolong kan hehehehe




P/S : cari jodoh katanya 



Friday, March 30, 2012

KENANGAN INI

seriously video dekat bawah ni memang rare gila sebab apa gua cakap macam tu hanya yang pernah lalui situasi itu saja akan cakap video my generasi ini terbaik sebab dapat mengimbau kembali memori di zaman bangku sekolah

video ini kalau tengok dengan member-member kelas pasti akan ada yang tergelak bila mengimbau kisah kenakalan di zaman bangku sekolah sama ada rendah mahupun di peringkat menengah





*****

video ini seriously memang epic bila time cara nak ayat awek pakai surat lagi mana ada pakai fb,twitter or bla..bla..bla pastu part beratur di tapak perhimpunan itu memang terbaik...





P/S :BACK IN THE OLD DAY

Wednesday, March 28, 2012

WORDLESS WEDNESDAY #8



******

she serves with no 17/19 squadron dubbed the smokey bandits 


P/S : Malaysia's first female fighter pilot 

Tuesday, March 27, 2012

PERJUANGAN INI

" muhammad asyraf iman " seruan abang askar

" saya tuan !!! " jawab diri ini

" ehh muka kau lagi "

" kau tak serik ke asyik kena maki dengan aku "

" tidak tuan "


( sekadar contoh ilusi )

" cuba cakap kenapa kau nak sertai pasukan ini "

" saya nak berkhidmat untuk negara tuan !!! "

" semua orang boleh cakap macam tu "


******

walaupun sering diuji atau diprovokasi oleh abang askar setiap kali bertemu diri ini tidak akan berundur atau menyerah dan diri ini akan berjuang dengan sejiwa murni


P/S : WILL BECOME THE NEXT GENERATION


Wednesday, March 21, 2012

WORDLESS WEDNESDAY #7



******
sekalung tahniah diucapkan pada mereka yang berjaya dan yang kurang berjaya janganlah pula bersedih



P/S : KEPUTUSAN SPM 2011


Monday, March 19, 2012

DIBURU KETAKUTAN

" eh kau sini kejap " | abang askar berkata

" ya.encik ada apa " | sambil mengukirkan senyuman

" lama kau hilang mana pergi "

" ooo ada kerja sikit "

" badan ko dah cun la "

" .... "

******

pagi tadi seperti biasa menjadi rutin untuk keluar berlari dari masalah tapi hari ini menjadi seronok sikit apabila sesi berlari dari masalah diikuti sama oleh abang askar TD dari kem wardieburn

tapi yang membuat diri ini menjadi sedikit hairan apabila segala perilaku ini sudah diperhatikan oleh mereka sejak dari dulu lagi sehingga mereka semua tahu yang dulunya diri ini hanya bersaizkan L dan sekarang sudah direvolusikan menjadi M

hendak ditambahkan ketakutan ini mereka juga tahu bahawa diri ini sedang berusaha untuk menempatkan diri didalam TUDM agar dapat berbakti pada negara

tapi yang membuatkan diri ini kembali tersenyum apabila mereka menyatakan agar berikan yang terbaik pada 24 dan 26 mac serta pada 25 dan 26 april semoga berjaya hasrat di hati



P/S : TERIMA KASIH TUAN !!

Sunday, March 18, 2012

SAMPAI MATI

setelah sekian lama diri ini hilang entah kemana dari menjadi pemain ke-12 di sebabkan atas beberapa faktor yang tidak dapat gua elakkan untuk terlibat bersama anak kota yang lain untuk menyokong KUALA LUMPUR 


tapi semalam menjadi saksi apabila gua turun untuk menyokong game klang valley derby ke-70 diantara KUALA LUMPUR vs SELANGOR | setelah lama tidak menyertai keluarga KLU atau yang dahulunya dipanggil KCU kini terpanggil untuk menyertai mereka sebelum pulang ke habitat asal




sudah banyak yang di revolusikan..KCU dan KLU memang jauh beza dari segi chant sudah banyak yang berubah dan kekuatan anggota KLU jauh lebih besar dari KCU

tetapi KCU dan KLU mereka ini tetap memegang prinsip yang sama walaupun sudah di revolusikan iaitu akan memberikan sokongan tanpa berbelah bagi kepada pasukan KUALA LUMPUR dalam apa jua pun keputusan yang diperoleh


*****


walaupun keputusan perlawanan semalam tidak memihak kepada skuad warga kota tetapi THE CITYBOYS tetap berdiri teguh sampai mati akan bersama KUALA LUMPUR



P/S : SALUTE TO ALL BROTHER

Wednesday, March 14, 2012

ANGKARA MABUK

yeah angkara mabuk hampir saja nyawa ini melayang tapi bukan diri ini yang mabuk atau dibawah pengaruh alkohol sehingga membahayakan diri sendiri tetapi angkara orang lain diri ini turut sama terlibat sekali

malam semalam seperti biasa diri ini keluar tanpa arah tuju dengan tujuan untuk melihat kehidupan warga kota yang pelbagai ragam taktala malam semakin tinggi akan tetapi di dalam lubuk benak ini dapat merasakan sesuatu yang tidak baik pasti akan berlaku lantas keputusan di buat

jam 22.30 beransurlah diri ini untuk kembali pulang ke sarang setelah keluar merayau tanpa hala tuju akan tetapi sewaktu berada di atas sentul link dalam sekelip mata sahaja muncul sebuah lori muatan berat merempuh sebuah kereta iswara dan diikuti 7 biji kereta yang lain termasuklah diri ini yang baru sahaja hendak mengenali dunia pemotoran

tiada luka dan kecederaan yang berlaku pada diri ini akan tetapi tuan empunya iswara dikhabarkan patah tengkok akibat rempuhan oleh pemandu lori yang memandu di bawah pengaruh alkohol



hanya sekadar mengalamai kerosakan bumper depan,bumper belakang serta tayar di bahagian hadapan terpaksa ditukar setelah rosak dan bengkok teruk akibat insiden semalam




P/S : TRAUMA BUAT SEMENTARA WAKTU 

Monday, March 12, 2012

MAGGI LIPAS

yeah katanya mengenai maggi lipas tapi apakah itu ??? jangan ada pula yang pandai membuat tafsiran sendiri bahawa di dalam bungkusan maggi tersebut ada lipas dan ianya tidak benar sama sekali

maggi lipas hanyalah sekadar gurauan antara adik dan abang taktala malam semakin jauh perut ini terasa seperti berada di dalam sebuah konsert amal yang tidak perlu tiket atau bayaran masuk dan secara autonya diri ini akan mencari mangsa untuk dianiayakan hohoho....

" wahh ada bau maggi ayam ni " 

" ish jangan aritu hang kata ada lipas dalam dia "

" tak apa kalau ada lipas itu yang sedap "


******

ternyata maggi adik gua menjadi mangsa taktala beribu alasan yang diberikannya agar maggi tersebut selamat di dalam simpanan dia 


P/S : APA ADA HAL ???

Saturday, March 10, 2012

WILAYAH FOREIGNER

taktala malam semakin jauh meninggalkan siang gua keluar melihat dunia dan merasai nikmatnya keindahan alam ini taktala berjalan tanpa arah tuju diri ini berhenti seketika untuk membasahkan tekak yang telah sedikit kering

jalan masjid jamek atau senang diceritakan lagi ialah lorong masjid india disitu terdapat pelbagai jenis kehidupan manusia dari seluruh pelusuk alam ada melayu,cina,india tapi ditambah dengan satu golongan yang baru iaitu bangla

tapi yang menjadi persoalan ialah apabila gua masuk kedalam kedai mamak tu semua bangla yang berada disitu memandang kearah gua mungkin mereka berkata sama sendiri " oh no what is that never see before " dan ternyata di situ malaysia akan tambah lagi satu bangsa

" bangla " satu fenomena yang berlaku di celah Malaysia apabila kedatangan mereka mengubah fenomena padangan kita terhadap status pelancong asing.


******

some are nice,gatai,kurang hajaq dan some sudah pun berstatus rakyat Malaysia.



P/S : I AM A RACIST sikit-sikit

Thursday, March 8, 2012

BUATMU WANITA

yeah entri kali ini khas dan spesifikan khusus untuk wanita di seluruh dunia.ayuh dengar sini wahai wanita yang berada di seluruh dunia tak kira bangsa,umur atau rupa asalkan anda seorang wanita 

tanpa wanita disisi siapalah seseorang lelaki itu jangan katakan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.tanpa mereka hati,fikiran dan perasaan lelaki akan resah dan masih mencari-cari walaupun sudah ada segalanya

kepada wanitalah lelaki memanggil ibu,isteri atau puteri

dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus tak mungkin mampu nak meluruskan mereka


*******



P/S : SELAMAT HARI WANITA 

BUNOHAN

hari ini 8 march 2012 bersamaan 15 rabiulakhir 1433 H walaupun permulaan hari ini dimulakan dengan hujan yang agak renyai tapi itu tidak menjadi penghalang untuk gua terjah ke GSC berjaya times square untuk cerita BUNOHAN

taktala menunggu saat tibanya LRT otak ini mula giat berimaginasi akan cerita BUNOHAN bergenrekan aksi atau tengok dari trailernya sudah cukup dengan aksi tomoi dan bunuh sana bunuh sini tapi silap kedua-duanya tidak....

jam 11.40 am didalam hall 6 duduknya atas kusyen empuk menjadi saksi untuk diri ini menyaksikan sendiri apa itu BUNOHAN yang diarahkan Dain Said...


mengikut kepahaman gua setelah menyaksikan apa itu BUNOHAN cerita ini memaparkan kisah 3 adik beradik dan seorang bapa yang hilang kasih sayang dan kisah pengkhianatan sesama manusia,rasuah dan penipuan disamping usaha untuk merapatkan ikatan kekeluargaan yang lama hilang dan beransur ke arah keganasan dan pembunuhan

dibarisi oleh faizal hussein (ilham),zahiril adzim (bunga lalang),pekin ibrahim (bakar),bront palare (deng),wan hanafi su(pok eng) sudah cukup bagi BUNOHAN menjanjikan aksi aksi perlawanan,pergaduhan yang realistik dan hebat


*******

" menghina seseorang dari kampung BUNOHAN adalah sama seperti menghina penduduk sekampung "



P/S : GUA SUDAH BUNOHAN...ANDA ???

Wednesday, March 7, 2012

Sunday, March 4, 2012

GURAUAN SI IBU

situasi didalam kereta setelah kedua orang tua mengambil gua untuk pulang ke rumah :

" hang da ada awek belum "

" uish awat tanya macam tu plak "

" saja la tanya sebab lisa surirumah hang da kahwin "

gua mengambil langkah berhati-hati dan terus mendiamkan diri dari soalan maut yang di terjah mak gua

yang gua pelik bukan mak gua nak tanya sihat ka or something bla..bla yang boleh menunjukkan dia ambil berat dekat anak janatn dia yang seorang ini tapi lain yang di harap lain yang dapat aiyoooo



P/S : MANA KAMU YANG KUCARI ???

Saturday, March 3, 2012

UNTUK MASA DEPAN

sekali tengok tajuk entri dah macam cilakak pulak tapi tertulis disini untuk masa depan katanya hohohoho..okeh entri ini diupkan kerana pada 01.03.2012 gua telah duduki test english dengan jayanya

tapi itu bukan persoalan yang gua nak timbulkan yang menjadi punca untuk gua terus bertulis ialah mengenai kebijaksanan gua menjawab section c yang telah diberi pilihan " EFFECT OF SMOKING " atau " BENEFIT SAVING MONEY " sudah nampak permainan dia tapi masih keliru hendak terjah yang mana dahulu keh..keh..keh

dengan mengambil langkah berhati-hati maka terjawab section c gua dengan soalan " BENEFIT SAVING MONEY " tapi ada pula yang mengatakan " EFFECT OF SMOKING " lagi senang katanya sebab ada banyak point untuk terang lagi details 


untuk yang ada pengalaman memang la pilih " EFFECT OF SMOKING " tapi yang macam gua ni jenis tak hisap benda tu memang tak expert la jawab dia tapi kalau bagi benda lain insyaallah gua akan cuba menghisapkannya hohohoho

tapi itu semua gua tak peduli sebab kertas sudah dijawab yang buat gua peduli ialah salah satu isi didalam section c tersebut yang membuat gua tergelak bila memikirnya kembali  

*******

BENEFIT SAVING MONEY = gua jawab buat belanja kahwin keh..keh..keh 




P/S : OH DEMM

Friday, March 2, 2012

SELAMAT KE-79

semalam bersamaan 01.03.2012 TENTERA DARAT MALAYSIA telah menjangkau usia 79 tahun dan telah sinonim dengan pembangunan,pertahanan serta keamanan negara tercinta.


bertemakan 1 angkatan : Tetap Gagah Tetap Setia diterapkan untuk mengukuhkan lagi ikatan ukhwah di kalangan warga tentera.

masih tidak terlambat untuk warga extension mengucapkan tahniah kepada TENTERA DARAT MALAYSIA dan tidak dilupakan agar bertafakur sejenak dengan menghadiahkan al-fatihah kepada perajurit kita yang telah terkorban demi mempertahankan kedaulatan negara



******


mereka gagah mereka setia mereka adalah anggota TENTERA DARAT MALAYSIA 


P/S : GAGAH SETIA

Thursday, February 23, 2012

MARIA OZAWA

oh demm tersilap tajuk entri plak keh..keh..keh

niat di hati nak tulis mengenai kelayakan olimpik 2012 dan bukannya mengenai maria ozawa tapi siapakah maria ozawa ????

oh demm lagi sekali gua terfikir mengenai miyabi...

seperti yang semua sedia maklum bahawa skuad harimau muda kita telah pun tersingkir dari kelayakan olimpik 2012 selepas tewas pada pasukan bahrain tempoh hari tetapi itu semua tidak penting bagi gua

yang gua tau bahawa skuad harimau muda tewas dengan maruah kerana mereka berjuang di atas padang selama 90 minit dan tidaklah secara menyerah kalah sebelum berjuang

semalam 22.02.2012 skuad harimau muda telah turun sekali lagi beraksi menentang jepun yang pernah menjajah MALAYSIA dengan slogan " asia untuk orang asia " dan jepun memerlukan kemenangan untuk melayakkan diri secara automatic ke pusingan akhir olimpik 2012

******

tamat perlawanan MALAYSIA 0 - 4 JEPUN

" 
JIKA TAK MAMPU MENYOKONG KETIKA TEWAS,USAHLAH BERSORAK KETIKA MENANG  "


P/S : MALAYSIA UNTUK ORANG MALAYSIA 

Monday, February 20, 2012

SKEMA GILA

skema untuk sebuah revolusi

tentang skema gua tak salahkan mereka kenapa jadi skema sebab gua dulu pun pernah skema jugak...jangan cakap lu orang semua tak pernah jadi skema sebab semua orang lahir mana ada terus kuat bagai mesti belajar dari bawah dulu kan kan kan

skema itu satu proses untuk kita lebih faham tentang apa itu dunia,ekonomi,politik,sosial tapi yang parah kalau dia skema dari muda sampai tua tak habis-habis itu lu orang jangan layan

tapi itu semua lu orang jangan risau gua tak suka orang panggil gua man sebab dulu gua pernah skema dan dalam kepala otak gua time tu penuh dengan kenapa itu..kenapa ini..kenapa bla bla

jangan takut jangan terkejut jangan geram kalau tak paham tapi buat buat paham lagi bagus dari jadi skema tapi kita makan buah mesti nak isi dia dan bukannya kulitnya ini kata-kata seorang lelaki yang konon dah matang sebab sudah alami zaman skema

hidup ini bukan tentang apa yang dikehendaki mak bapak ataupun apa yang cikgu kita nak tapi kita yang tentukan apa yang kita nak cari diatas muka bumi ini dan yang paling penting kita jujur dan percaya apa yang kita gerak  


******




gua masih lagi hormat dengan nama man tapi lebih selesa tolong panggil gua acap  






P/S : BUAT-BUAT PAHAM 

Saturday, February 18, 2012

DIRI INI.....

" wahh...iman kau dah besar la "

" biasa lah bukan selamanya akan jadi kanak-kanak "

" tapi serius hang da lain macam kot "

" yeah...manusia sentiasa berubah "

memang gua sudah berubah dari saiz "S" ke saiz "L" hanya yang sudah lama tidak berjumpa akan perasan akan perubahan diri ini tapi yang selalu bertegur dengan gua pun hendak mengatakan tentang diri ini

yeah memang itu hak individu masing-masing untuk menyatakan hasrat di hati tapi di dalam kedudukan sekarang ada lagi yang masih hendak mengambil kesempatan ketika situasi gua memerlukan ruang untuk bernafas taktala mencari sesuatu yang hakiki


*****


padamu ku terus berdoa agar dikuatkan iman supaya dapat bertahan taktala semua membisu ketika malaikat lalu di hutan batu pada abad ke-21

Thursday, February 16, 2012

NIKAH

sambungan dari entri INI

setiap yang berada di atas muka bumi ini pasti ada yang berpasangan ada bumi ada langit..ada matahari ada bulan..ada cantik ada tampan makanya sudah menjadi kebiasaan untuk dipersatukan lantas tema yang akan diangkat extension ialah " NIKAH "

apakah itu nikah ???

menurut kepahaman gua nikah ialah tembok pemisah dari perbuatan maksiat dengan menikah mempertemukan dua insan dalam ikatan yang dinamakan nikah bahawa telah disyariatkan agama sesuatu yang diharamkan menjadi halal....keh keh keh

tentang pernikahan yang dianjurkan ialah lelaki menikah dan perempuan berhias supaya ada yang menikahinya tetapi jangan ada yang terbalik pula hohohoho

jadi dengan itu nikah haruslah dengan prinsip suka sama suka kerana nikah ini bukanlah sekadar di atas muka bumi sahaja tetapi sehingga ke akhirat kelak....


*******


ada dua lelaki dilaknat oleh allah s.w.t yang pertama dia memukul wanita dan yang kedua lelaki sampai mati tidak menikah




P/S : OH MAMA SAYA MAHU KAHWIN  

SAMPAI DISITU SAJA

alhamdulilah syukur kehadrat ilahi kerana masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan ini dengan Izin-Nya.

hari ini 16 februari 2012 bersamaan 23 rabiulawal 1433H telah pun gua menghadirkan diri ke kelas bimbingan islam atau lebih sedap dipanggil pendidikan islam dan tajuk yang diketengahkan oleh moderator ialah sistem kekeluargaan islam atau dengan ringkasnya dipanggil " NIKAH "

menurut moderator ustaz SAG seseorang lelaki akan merasa gugup dan serba tidak menjadi ketika diambang menikahi seseorang gadis yang telah berjaya menawan hati sang pujangga tersebut

tapi apakah itu nikah sehingga membuat seorang lelaki yang begitu gagah kecundang disaat dia di dinihakhi oleh tok kadi tersebut ???

******

kelas pengajian islam secara rasmi sudah melabuhkan tirainya dan sekarang masa untuk tumpukan perhatian pada test TUDM 19.02.2012 pula






P/S : PANGGILAN PERTIWI 




Tuesday, February 14, 2012

AURAT & SEKS

setelah sekian lama diri ini menghilang tadi secara tetiba gua terjah satu persatu blog musuh ketat gua untuk membaca segala entri yang telah gua lepaskan...

tertarik dengan tajuk entri zulfattah iaitu tuan kepada Moon-Keyz dan eskandar azad pula senja di al hambra.mereka ini masing-masing mengetengahkan entri mengenai SEKS !!!

dan secara tetiba gua rasa ingin mengetengahkan satu entri yang ada kena-mengena dengan tajuk yang mereka berdua telah coretkan tapi bukan mengenai SEKS tetapi mengenai AURAT.....

apa itu aurat ??? bagaimana itu aurat ??? apatah lagi dalam kehidupan ini bayangkan ramai orang mencari identiti dengan cara mempamerkan auratnya..alangkah cantiknya jika seseorang itu menutup aib diri masing-masing dengan cara menutup aurat

aurat atau tertutupnya aurat tapi yang di perintah ialah menutup aurat dan bukannya membungkus aurat.pada zaman sekarang ramai orang mengatakan mereka memakai baju dan menutup aurat tetapi jika berada sejauh 200 meter kita sudah pasti boleh melihat lengkok tubuh dan dada seseorang itu jika ia mengenakan busana yang membalut atau membungkus tubuh badan mereka

perkara ini akan menjolokan mata si lelaki bila melihatnya dan akan menyebabkan timbulnya nasfu syahwat dan bila nafsu sudah tidak dapat di kawal maka jadi lah adegan " bergusti di dalam semak "," bergusti secara paksa " dan bla..bla..bla lagi


******

godaan seorang wanita akan menyebabkan seseorang lelaki tidak mungkin dapat menahannya kerana itulah salah satu senjata syaitan untuk mengugat iman seseorang lelaki 



P/S : HANYA SEKADAR RENUNGAN BERSAMA