Sunday, April 29, 2012

SI IBU & GADIS

semalam ( 27.04.2012) mungkin malam yang agar menarik untuk dibicarakan..mana taknya apabila PN.ROHAYA sendiri menyoal siasat cik ain dengan nada yang agak rancak dan nampak reaksi mereka seperti di dalam dunia yang tersendiri keh..keh..keh 

apa yang dibicarakan entah la hanya mereka saja yang tahu tapi diri ini hanya dapat mendengar apabila PN.ROHAYA berkata sedemikian "iman memang macam tu tahun lepaih dia bagi kain tapi potongan kain tak cukup nak buat baju tahun ni dia bagi kasut tapi tak muat pula" 

yeah mungkin tekaan gua tidak berapa tepat kerana gua memang tiada pengalaman dalam hal untuk membeli seperti wanita diluar sana tetapi semalam gua sudah belajar sedikit akan citarasa seorang wanita 

dan pada masa akan datang mungkin tidak menjadi masalah lagi untuk diri ini kerana keluar bersama cik ain dan cik intan sudah cukup untuk belajar akan mengenai citarasa seorang wanita mana taknya dari satu kedai ke satu kedai di terjah nya 

masih sempat bergambar tak kira situasi dan masa

mungkin cik ain akan berkata di dalam hati " man hang kejam betui ada ka patut bagi kita cakap dengan mak dia " tapi cik ain cheq tak ada niat pun nak buat macam tu sebab PN.ROHAYA sendiri yang berniat begitu dan cheq hanya menurut arahan sahaja 



P/S : TERIMA KASIH CIK AIN & CIK INTAN 

Saturday, April 28, 2012

HARTA

gua sebenarnya jenis yang menghargai apa yang ada dekat sekeliling gua,tak kira lah benda tu kecik ka besaq ka janji ada nilai yang tersendiri

pabila bercakap mengenai nilai..ada satu harta gua yang mempunyai nilai nya yang tersendiri..kenapa??kenapa??kenapa?? harta tu berjuta ka nilai dia ??

ini bukan mengenai juta ataupun tidak tapi ini lebih kepada koleksi peribadi yang mempunyai cerita di sebalik cerita |jersi harimau malaya memang mempunyai nilai yang tersendiri kepada gua..kenapa ??

sebab dari zaman ayah gua lagi dia dah kumpul koleksi tiket perlawanan yang melibatkan pasukan bola sepak malaysia atau skuad harimau malaya

bila lahirnya gua ke dunia dia sudah mula bertukar bidang dari tiket ke jersi pula dan di amanahkan kepada gua supaya mengumpul seberapa banyak yang boleh

dalam banyak koleksi jersi skuad harimau yang gua ada ini paling epic sekali sebab jersi ini telah menamatkan saat penantian yang begitu lama buat skuad malaysia memenangi piala aff suzuki dan jersi ini siap juga ditandatangi oleh para pemain tersebut :P

awas model ini garang macam harimau malaya !!!

*****

masih teringat lagi akan jersi pertama yang dikumpul ialah jersi home pada tahun 2007 dan yang uniknya koleksi jersi ini setiap tahun dia akan berubah corak dan warna 


P/S : cik ain najwa jom kumpul jersi harimau malaya 

Thursday, April 26, 2012

TAHNIAH ORANG LAUT


******


TAHNIAH BUAT SEMUA ANGGOTA PASUKAN TLDM KERANA TELAH MEMASUKI ULANG TAHUN KE-78 SEMOGA ANDA SENTIASA MENGAWASI PERAIRAN NEGARA DENGAN SETIA



KEMULIAAN..KESETIAAN..KEBERANIAN..KEBANGGAAN
27.04.2012 HARI TLDM KE-78..GEMPUR WIRA !!!





P/S : SEDIA BERKORBAN


Wednesday, April 25, 2012

WORDLESS WEDNESDAY #9


*****

no mission too difficult..no sacrifice too big



P/S : AIR FORCE NEXT GENERATION


Tuesday, April 17, 2012

KEKUATAN

katanya mengenai kekuatan tapi baru diri ini sedar akan beratnya tugas sebagai seorang ketua kepada sesebuah kumpulan yang sudah pasti tidak sama umur dan berbeza pendapat

setakat menjadi ketua tingkatan di sekolah itu pernah tapi bila sampai disini jauh beza sekali dengan situasi yang dihadapi hampir semua hendak bersuara mengenai pendapat masing-masing dan ada juga yang ikut kata hati sendiri tapi itulah manusia bermacam-macam ragam bukan

****

jika ketua hang gugur di medan perang dan hang orang ke dua paling berkuasa dalam pasukan tu apa yang akan hang buat ???


bila mulut berbicara memang senang tapi bila diri ini memangku jawatan sebagai ketua baru terasa berat sekali untuk mengeluarkan arahan atau perintah takut melakukan sebarang kesilapan tapi kita harus berani untuk menerima kekalahan dan kejatuhan bukan

lantas diri ini hanya mampu berdoa agar dikuatkan fizikal dan emosi taktala saat diuji itu ternyata amat berat sekali 


*****

dikau berikan lah diri ini kekuatan untuk membentuk satu karakter yang berkeperibadian agar dapat menerima perintah dan memerintah dengan baik malahan untuk mencapai matlamat membina hari esok dengan lebih baik supaya digeruni oleh pihak musuh




P/S : KEKUATAN MEMBERI PENGERTIAN YANG BERBEZA

TIADA KOMPROMI !!!

hari ini selasa 17.04.2012 di tempat gua telah diadakan pemilihan jawatan kuasa untuk tahun 2012 bagi melancarkan sistem pentadbiran katanya tapi umur gua masih lagi muda dan tidak berminat untuk menceburi bidang politik pada ketika ini

semua calon siapa dengan manifesto yang tersendiri tapi yang nak pancing undi saat akhir pun ada juga itu lah sifat manusia sudah diberi tempoh tapi masih lagi tidak mencukupi

*****

" haji !! jangan lupa undi saya " - pesan seorang hamba allah 

" ehh haji dah pergi undi belum ?? kalau belum jangan lupa saya " - pesan seorang lagi hamba allah 

" haji dah pergi makan belum " - awat tetiba jadi baik dengan gua 



oohh okeh baru gua mengerti semua itu hanya sekadar meraih undi disaat akhir tapi gua pilih bukan sebab atas faktor last minit ka kita satu team ataih padang ka tapi yang gua pilih sudah pasti boleh menjalankan tugas dengan baik

itu yang menjadi keutamaan kalau harapkan muka " macho gila " tapi banggang buat apa baik pilih selekeh yang pandai buat kerja 



*****

" in the war there's no room to pity,kill or killed "




P/S : MAAFKAN SAYA TUAN

Thursday, April 12, 2012

MALAYSIA BAKAL DI SERANG !!!

PERINGATAN !!!

ENTRI INI SEKADAR PERINGATAN DAN TIADA UNSUR PERKAUMAN ATAU APA SAJA YANG MENGENAI HIDUP DAN MATI...

andai Malaysia di serang seperti negara islam yang lain....

apabila negara-negara islam yang lain di landa peperangan atau diserang oleh askar kafir kita sering kali mendengar pemimpin-pemimpin kita menggunakan modal seperti ini " kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai "

tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak sejarah ditulis setelah ia berlaku tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku masih kita ingat peristiwa bosnia dan herzegovina ?? jika masih samar kita undurkan sedikit waktu untuk kembali pada zaman itu

ketika rakyat islam bosnia disembelih oleh paramilitari serb,pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka.

jadi untuk sejenak mari kita berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu : Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara islam lain dan negara islam yang lain pula jadi seperti kita sekarang

MALAYSIA DISERANG ???

" MELAYU MUDAH LUPA " - Tun.Dr Mahathir

AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas ada pejuang hizbullah terlepas ke Malaysia lalu menghantar kapal pengangkut pesawatnya ( CARRIER ) di selat melaka dan di laut china serta menghantar kapal selam nuklearnya dengan muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang Malaysia

AMARIKOS menyuruh negara berhamipran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan,TAHAILAND di utara serta PILLIPNNOS di timur untuk menyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan dan Palestin

Malaysia tetap mempertahankan bahawa negara ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan,Iraq,Lubnan dan Palestin * ingat masa itu hak asasi manusia yang anda sering suarakan sudah tiada makna lagi 

Perdana Menteri kita..YB wakil rakyat..Parlimen dan ADUN serta tidak ketinggalan tauke cina dan india yang kaya raya semua pasti cabut lari ke keluar negara dengan pesawat peribadi masing-masing.mereka semua ada duit untuk mencari perlinfungan di luar negara

yang tinggal hanya MELAYU ISLAM yang miskin hina terdampar di negara sendiri taktala menunggu masa untuk diserang oleh tentera kuffar AMARIKOS dan sekutunya 

pada ketika itu barulah rakyat tahu bahawa pemimpin melayu dan tauke cina dan india yang dijadikan pemimpin sebelum ini tidak sama seperti khalifah umar al-khattab,khalifah ali abi thalib,khalifah khalid al-walid.khalifah salahuddin al-ayubbi yang sanggup berada di barisan hadapan untuk berdepan dengan musuh-musuh islam

tempat yang mula-mula sekali dibedil dengan bom ialah PUTRAJAYA dan diikuti negeri-negeri lain.AMARIKOS dan sekutunya mengebom dan melancarkan peluru berpandu serta tidak ketinggalan membedil dan menembak rakyat Malaysia

mereka membunuh orang tua,perempuan dan anak-anak kecil orang melayu islam kita sama seperti yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa !!! AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran.

dan pada ketika itu kita akan terdengar ucapan daripada pemimpin dunia islam yang lain menyatakan :

" kami negara-negar islam mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia "

" kami akan menghantar 10 000 tentera pengaman ke MALAYSIA selepas perang tamat nanti "

" alhamdulillah negara kita indonesia aman damai berbanding dengan negara MALAYSIA yang dilanda peperangan..kita patut bersyukur kerana dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana yang aman harmoni "

*pemimpim malaysia selalu sebut macam ini 

" kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada penduduk islam MALAYSIA yang dilanda peperangan "

*******

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DIATAS TAKTALA KITA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA 


P/S : FIKIRLAH SELAGI MAMPU

 

Friday, April 6, 2012

WARKAH UNTUK MR. ZORRO

salam mula sebagai pembuka bicara kepada mr.zorro | bagai mimpi menjadi kenyataan apabila dapat menulis surat kepada mr.zorro yang kini menjadi bualan hangat dikawasan ini sejak kebelakangan ini...

hai mr.zorro saya tahu awak tidak akan paham dan mengerti apa yang saya tuliskan ini tapi sebagai peminat koleksi superhero itu tidak menjadi penghalang untuk diri ini terus menulis warkah ini kepada anda

saya dipahamkan mr.zorro akan datang ke kawasan saya | adakah itu cuma sekadar khabar angin atau disebaliknya jika betul awak kemari sudah pasti saya orang pertama akan berasa bangga kerana dapat bertemu dengan zorro walaupun ada cerita disebaliknya

untuk makluman mr.zorro kami disini berbesar hati dengan kedatangan awak ke sini sehingga kan ada yang sanggup mengeluarkan sedikit modal untuk menjadi seperti awak dan ada juga yang ingin seperti rakan seperjuangan awak yang lain

untuk pengetahuan awak juga tiket masuk untuk melihat kelibat anda kemari dikhabarkan laris umpama goreng pisang panas diwaktu petang tapi adakah awak mengerti apa itu goreng pisang ??? 


ohh okeh terdapat kesilapan disitu maafkan saya mr.zorro

jangan pula disebabkan kesilapan ini anda tidak mahu melayani keletah para peminat yang sentiasa di belakang anda walaupun ada segelintir yang tidak beberapa suka akan kisah disebalik zorro yang suka mencuri dan bla..bla..bla lagi

tapi kami semua tahu akan kebaikan zorro lakukan itu mencuri untuk membantu golongan yang tertindas tapi masih ada cara lain bukan kerana dengan lakonan yang dilakukan takut pula ada yang terbawa-bawa sehingga menjadi zorro 2.0

maaf jika surat ini agak berat untuk dipahami oleh mr.zorro kerana untuk pengetahuan mr.zorro saya bukanlah peminat kipas mati anda kerana jiwa ultraman lagi besar di dalam diri ini hohohoho


******


pecah kaca,pecah gelas 
cukuplah mr.zorro baca,saya tidak minta mr.zorro balas




P/S : any problem mr.zorro 2.0 

ZORRO PUNYA HAL

hari ini seperti biasa tapi yang jadi tak biasa kerana gua dengar zorro nak datang tempat gua..bila zorro datang ?? acano dia buleh sampai dekat sini ?? itu semua lu orang semua jangan tanya

bila berbicara mengenai zorro masih gua ingat lagi di isi benak akan kisah cikgu gua bertanyakan satu soalan kepada diri ini pada ketika dahulu

" iman awak bila sudah besar mahu jadi apa "

" ultraman cikgu !!! " jawab budak darjah satu pada ketika itu

" tapi ultraman tak wujud la " balas cikgu gua

" ..... "

oh demm jawapan yang agak bernas yang diberikan oleh gua tapi dikatakan semua itu hanya sekadar mainan ilusi dan tahyul belaka tapi pada ketika itu gua percaya bahawa ultraman itu satu kehidupan yang mempunyai mak ayah,ada abang adik dan kakak

dan gua juga percaya akan kewujudan burung kuning di dalam cerita sesame street sebab gua percaya ada makhluk dalam tong sampah seperti elmo dan rakan-rakan yang lain

semua ini salah cikgu sebab telah menghancurkan impian gua untuk menjadi ultraman dan sekarang gua akan menyertai TUDM agar dapat merasai membawa jet seperti mana didalam cerita ultraman keh..keh..keh

******

semestinya ultraman itu pernah wujud dan hanya orang istimewa sahaja dapat jadi ultraman dan orang itu ialah gua !!





P/S : hye zorro !!!

Tuesday, April 3, 2012

JAWATAN KOSONG

PERHATIAN !!!


syarat-syarat :

- perempuan ( yang ada batang paip harap maaf )
- baik
- lemah lembut
- ada bakat dalam masakan
- hormat pada orang tua
- sedap mata memandang
- suka akan kepada baju kurung
- lebih manis jika bertudung bawal




jika anda berkelayakan sila berjumpa dengan mak gua untuk keterangan lanjut.

jika anda tidak memenuhi syarat tidak mengapa hantar dulu borang permohonan tersebut dengan bersertakan gambar bersaiz pasport mana tau ada rezeki hohoho :P

oh demm awat rasa lain macam ja ni keh..keh..keh 




*****

cik ain najwa binti azhar acano ni cheq da buat form macam hang suruh | apa lagi kata nak tolong kan hehehehe




P/S : cari jodoh katanya