Friday, October 28, 2011

MENERJAH AWAN

untuk mencapai kejayaan tiada jalan yang mudah bagi merealisasikan cita-cita.makin jauh kaki ini melangkah makin banyak dugaan yang menderap tetapi untuk miliki sesuatu yang berharga aku harus berani yakin dan tabah dalam menghadapi segalanya

andainya beburung terbang kerana sayapnya tetapi jika diri ini terbang menerjah awan semuanya demi hasrat yang membara.gunung dan ganang serta lautan yang terbentang luas semua itu hanya sesayup mata memandang dan bukanlah halangan yang mendatang

perjalanan yang beribu batu akan dimulakan dengan langkah yang satu dan yang kuinginkan hanyalah rampaian doa agar tiap langkah diiringi restu semua



P/S : LAPOR DIRI 

Wednesday, October 26, 2011

PENYAKIT INI

yaaa kita semua sekadar manusia yang tidak akan terlepas dari dugaan dari maha pencipta tapi bila ada yang mengetahui diri ini ada penyakit mungkin ada yang melarikan diri agar tidak menular kepada mereka

memang penyakit ini tidak terlalu serius tapi bila ia kembali mungkin akan menjadi lebih serius.ia aku mengerti bahawa diri ini hanya sekadar manusia biasa yang tiada kuasa untuk menghalang dari merebak jauh di dalam sanubari ini

masih banyak lagi ciptaan alam yang belum di terokai oleh diri ini,sementara hari berganti hari malam bersilih ganti ia datang dan pergi sambil membawa secebis lembaran diri dengan penuh suka dan duka,gelak dan tawa,sedih dan pilu

yeah memang aku mengerti bahawa kecilnya diri ini berbanding alam yang penuh dengan seribu satu persoalan ini




P/S : ALLAHU RABBI.

WORDLESS WEDNESDAY #5



kejayaan datang bukan secara percuma




P/S : MENERJAH AWAN 


Wednesday, October 19, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #4



gaji belum naik tapi inilah rakyat kita suka mengambil kesempatan atas kesenangan yang belum pasti 




P/S : SEMUANYA DUIT



Tuesday, October 18, 2011

KAWAN

tanpa kawan gua akan ???

tanpa kawan gua akan meninggal..kawan tetap kawan..ada kawan kita sendiri yang meletak kawan kita di tahap yang macam mana..kita sendiri yang melalui pengalaman dengan kawan itu...

kita ada kawan yang jarang berhubung tapi bila ketemu kembali semuanya akan kembali seperti biasa itulah kawan yang lebih dekat dengan jiwa ini walaupun orang bercerita buruk tentang kawan tapi kita lagi kenal siapa diri mereka...

ada kawan yang kita lepak bersama dan kita tahu bila senang mereka bersama tapi bila susah datang memanggil kita dia biarkan terkapai-kapai sahaja...

tanpa kawan gua tidak akan menjadi seperti ini dan gua mungkin jadi asyraf iman yang lain kerana sebab kawanlah yang mempengaruh karakter diri ini...


*****


alam berubah kerana manusia tapi manusia berubah kerana manusia 




P/S : JANGAN SILAP PILIH KAWAN

Sunday, October 9, 2011

FENOMENA HALO

entri ini mengenai HALO dan bukan hello okeh....

malam ini gua berasa pelik dan hairan apasal news update dekat FB semua cerita pasal bulan dan ada yang tak kurang menyuruh keluar dan melihat bulan di langit kerana katanya bulan seolah-olah di kelilingi oleh satu bulatan yang luar biasa

dan bila gua keluar untuk melihat dengar sendiri baru gua sedar akan seorang sahabat berbicara mengenai fenomena halo iaitu lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi matahari atau bulan.

fenomena halo adalah sejenis fenomena optik dan ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi dan pernah mengemparkan apabila fenomena ini berlaku pada 6 ogos 2007 di utara semenanjung malaysia pada pukul 2.15 petang hingga 2.40 petang


inilah yang dikatakan fenomena halo

******

sesungguhnya kebesaran maha pencipta tiada tandingan mahupun kita seseorang yang berkuasa di atas muka bumi ini




P/S : OH BULAN....


Saturday, October 8, 2011

TUN MAHATHIR DAN YAHUDI

Tun Dr.Mahathir Bin Mohammad dilahirkan pada 20 disember 1925.beliau amat popular dengan gelaran "DR.M" dan nama pena beliau ada Che Det.

beliau merupakan perdana menteri Malaysia yang ke-4 dan ketika penggal kepimpinannya dari 16 julai 1981 sehingga 31 oktober 2003 beliau menerajui Malaysia ke arah arus kemodenan dengan pantas dan memberi kemakmuran di setiap lapisan masyarakat Malaysia.





lihatlah siapa yang paling lantang menentang yahudi sehinggakan beliau digelar anti-semitic.beliau juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang suka berterus-terang

*****

kelantangan "DR.M" ketika berbicara mengenai yahudi secara terus terang dan berani mempertahankan bangsanya sendiri iaitu MELAYU tidak harus dipersoalkan





P/S : BAPA PEMODENAN MALAYSIA 





Wednesday, October 5, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #3


 briged para @ airbone para 





P/S : PAC TINDAK PANTAS COGAN KATA KAMI 


Tuesday, October 4, 2011

PMR SUDAH BERMULA

seperti mana yang sedia maklum bahawa hari ini telah pun bermula peperiksaan PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2011 (PMR) subjek bahasa malaysia menjadi tradisi sebagai pembuka gelanggang bagi mengguji tahap pengguasaan bahasa malaysia

kepada semua batch 96 di seluruh malaysia kuatkan azam dan pedulikan sementara masalah yang di hadapi sekarang dan fokuskan kepada peperiksaan yang anda hadapi

ingatlah bahawa kejayaan hari ini bakal menentukan masa depan anda semua samaada ia penuh dengan fantasi atau penuh dengan ranjau yang menanti



P/S : SELAMAT MENJAWAB 

Monday, October 3, 2011

KEMBALI #2

kekuatan memberi pengertian yang berbeza bagi seorang anggota tentera.kekuatan individu yang membentuk satu angkatan.satu angkatan yang digeruni dan disegani di rantau ini.ia bukan sahaja memerlukan lebih dari kekuatan fizikal malahan ia juga memerlukan kekuatan emosi bagi membentuk kekuatan karakter yang keperibadian untuk menerima perintah dan memerintah 

hari ini mereka serahkan kehidupan mereka.mereka korbankan jiwa mereka untuk generasi anak merdeka untuk malaysia yang berdaulat.mereka gagah.mereka setia.mereka adalah anggota angkatan tentera malaysia 




focus 1.17-1.22 keh..keh..keh 


******

bukan mudah untuk menjadi salah seorang anggota tentera malaysia hanya yang terbaik sahaja akan layak menyertai mereka



* masih mempunyai kelemahan tahun depan cuba lagi harus kembali fokus kepada pengajian pula hohoho.....





P/S : TERBAIK DI RANTAU INI

Sunday, October 2, 2011

KEMBALI #1

setelah hampir 3 minggu extension sial sepi tanpa khabar kini extension sial telah kembali aktif semula bagaikan terjaga dari lena itulah ungkapan yang boleh gua gambarkan kepada seluruh rakyat extension kah..kah..kah

pergh....pendahuluan ayat nak macam teks ucapan hari merdeka pulak mwahahaha. okeh kepada rakyat extension yang veteran mesti tahu kemana gua pergi menghilangkan diri hampir 3 minggu dan yang masih muda di extension usah risau anda akan dapat mengetahui jua kemana hilangnya diri ini

seperti mana yang sedia maklum bahawa gua telah pun pergi ke pemilihan perajurit muda siri 46/2011 untuk mencabar diri agar berbakti kepada negara

ketika hasrat ini disuarakan ada yang mengatakan bahawa gua bergurau dan ada juga yang menanyakan bagaimana pula dengan pengajian tetapi apabila diri ini sudah membuat keputusan tiada siapa boleh menghalangnya

20 julai 2011,butterworth,pulau pinang disinilah pemilihan pertama perajurit muda yang gua hadir berseorangan tanpa ahli keluarga disisi.dewan seri bayu,teluk air tawar telah menjadi lokasi bagi pemilihan tersebut

kemudiannya pada 28 julai 2011 gua pergi ke sek.men.keb taman melawati untuk pemilihan kedua bagi perajurit muda siri 46/2011. alhamdulillah berada di kuala lumpur keadaannya lebih senang ketika berada di butterworth,pulau pinang

ketika bulan syawal hampir melabuhkan tirainya pemilihan terakhir perajurit muda siri 46/2011 diadakan di port dickson,negeri sembilan pada 21.09.2011 dan sekali lagi gua pergi untuk mencuba sehabis mungkin


******

panjang macam karangan SPM bukan hohoho... tapi inilah cerita dari awal pemilihan sehingga akhir yang gua telah pun pergi bagi siri 46/2011





P/S : ATM BENTENG PERTAHANAN NEGARA