Thursday, February 23, 2012

MARIA OZAWA

oh demm tersilap tajuk entri plak keh..keh..keh

niat di hati nak tulis mengenai kelayakan olimpik 2012 dan bukannya mengenai maria ozawa tapi siapakah maria ozawa ????

oh demm lagi sekali gua terfikir mengenai miyabi...

seperti yang semua sedia maklum bahawa skuad harimau muda kita telah pun tersingkir dari kelayakan olimpik 2012 selepas tewas pada pasukan bahrain tempoh hari tetapi itu semua tidak penting bagi gua

yang gua tau bahawa skuad harimau muda tewas dengan maruah kerana mereka berjuang di atas padang selama 90 minit dan tidaklah secara menyerah kalah sebelum berjuang

semalam 22.02.2012 skuad harimau muda telah turun sekali lagi beraksi menentang jepun yang pernah menjajah MALAYSIA dengan slogan " asia untuk orang asia " dan jepun memerlukan kemenangan untuk melayakkan diri secara automatic ke pusingan akhir olimpik 2012

******

tamat perlawanan MALAYSIA 0 - 4 JEPUN

" 
JIKA TAK MAMPU MENYOKONG KETIKA TEWAS,USAHLAH BERSORAK KETIKA MENANG  "


P/S : MALAYSIA UNTUK ORANG MALAYSIA 

Monday, February 20, 2012

SKEMA GILA

skema untuk sebuah revolusi

tentang skema gua tak salahkan mereka kenapa jadi skema sebab gua dulu pun pernah skema jugak...jangan cakap lu orang semua tak pernah jadi skema sebab semua orang lahir mana ada terus kuat bagai mesti belajar dari bawah dulu kan kan kan

skema itu satu proses untuk kita lebih faham tentang apa itu dunia,ekonomi,politik,sosial tapi yang parah kalau dia skema dari muda sampai tua tak habis-habis itu lu orang jangan layan

tapi itu semua lu orang jangan risau gua tak suka orang panggil gua man sebab dulu gua pernah skema dan dalam kepala otak gua time tu penuh dengan kenapa itu..kenapa ini..kenapa bla bla

jangan takut jangan terkejut jangan geram kalau tak paham tapi buat buat paham lagi bagus dari jadi skema tapi kita makan buah mesti nak isi dia dan bukannya kulitnya ini kata-kata seorang lelaki yang konon dah matang sebab sudah alami zaman skema

hidup ini bukan tentang apa yang dikehendaki mak bapak ataupun apa yang cikgu kita nak tapi kita yang tentukan apa yang kita nak cari diatas muka bumi ini dan yang paling penting kita jujur dan percaya apa yang kita gerak  


******




gua masih lagi hormat dengan nama man tapi lebih selesa tolong panggil gua acap  






P/S : BUAT-BUAT PAHAM 

Saturday, February 18, 2012

DIRI INI.....

" wahh...iman kau dah besar la "

" biasa lah bukan selamanya akan jadi kanak-kanak "

" tapi serius hang da lain macam kot "

" yeah...manusia sentiasa berubah "

memang gua sudah berubah dari saiz "S" ke saiz "L" hanya yang sudah lama tidak berjumpa akan perasan akan perubahan diri ini tapi yang selalu bertegur dengan gua pun hendak mengatakan tentang diri ini

yeah memang itu hak individu masing-masing untuk menyatakan hasrat di hati tapi di dalam kedudukan sekarang ada lagi yang masih hendak mengambil kesempatan ketika situasi gua memerlukan ruang untuk bernafas taktala mencari sesuatu yang hakiki


*****


padamu ku terus berdoa agar dikuatkan iman supaya dapat bertahan taktala semua membisu ketika malaikat lalu di hutan batu pada abad ke-21

Thursday, February 16, 2012

NIKAH

sambungan dari entri INI

setiap yang berada di atas muka bumi ini pasti ada yang berpasangan ada bumi ada langit..ada matahari ada bulan..ada cantik ada tampan makanya sudah menjadi kebiasaan untuk dipersatukan lantas tema yang akan diangkat extension ialah " NIKAH "

apakah itu nikah ???

menurut kepahaman gua nikah ialah tembok pemisah dari perbuatan maksiat dengan menikah mempertemukan dua insan dalam ikatan yang dinamakan nikah bahawa telah disyariatkan agama sesuatu yang diharamkan menjadi halal....keh keh keh

tentang pernikahan yang dianjurkan ialah lelaki menikah dan perempuan berhias supaya ada yang menikahinya tetapi jangan ada yang terbalik pula hohohoho

jadi dengan itu nikah haruslah dengan prinsip suka sama suka kerana nikah ini bukanlah sekadar di atas muka bumi sahaja tetapi sehingga ke akhirat kelak....


*******


ada dua lelaki dilaknat oleh allah s.w.t yang pertama dia memukul wanita dan yang kedua lelaki sampai mati tidak menikah




P/S : OH MAMA SAYA MAHU KAHWIN  

SAMPAI DISITU SAJA

alhamdulilah syukur kehadrat ilahi kerana masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan ini dengan Izin-Nya.

hari ini 16 februari 2012 bersamaan 23 rabiulawal 1433H telah pun gua menghadirkan diri ke kelas bimbingan islam atau lebih sedap dipanggil pendidikan islam dan tajuk yang diketengahkan oleh moderator ialah sistem kekeluargaan islam atau dengan ringkasnya dipanggil " NIKAH "

menurut moderator ustaz SAG seseorang lelaki akan merasa gugup dan serba tidak menjadi ketika diambang menikahi seseorang gadis yang telah berjaya menawan hati sang pujangga tersebut

tapi apakah itu nikah sehingga membuat seorang lelaki yang begitu gagah kecundang disaat dia di dinihakhi oleh tok kadi tersebut ???

******

kelas pengajian islam secara rasmi sudah melabuhkan tirainya dan sekarang masa untuk tumpukan perhatian pada test TUDM 19.02.2012 pula






P/S : PANGGILAN PERTIWI 




Tuesday, February 14, 2012

AURAT & SEKS

setelah sekian lama diri ini menghilang tadi secara tetiba gua terjah satu persatu blog musuh ketat gua untuk membaca segala entri yang telah gua lepaskan...

tertarik dengan tajuk entri zulfattah iaitu tuan kepada Moon-Keyz dan eskandar azad pula senja di al hambra.mereka ini masing-masing mengetengahkan entri mengenai SEKS !!!

dan secara tetiba gua rasa ingin mengetengahkan satu entri yang ada kena-mengena dengan tajuk yang mereka berdua telah coretkan tapi bukan mengenai SEKS tetapi mengenai AURAT.....

apa itu aurat ??? bagaimana itu aurat ??? apatah lagi dalam kehidupan ini bayangkan ramai orang mencari identiti dengan cara mempamerkan auratnya..alangkah cantiknya jika seseorang itu menutup aib diri masing-masing dengan cara menutup aurat

aurat atau tertutupnya aurat tapi yang di perintah ialah menutup aurat dan bukannya membungkus aurat.pada zaman sekarang ramai orang mengatakan mereka memakai baju dan menutup aurat tetapi jika berada sejauh 200 meter kita sudah pasti boleh melihat lengkok tubuh dan dada seseorang itu jika ia mengenakan busana yang membalut atau membungkus tubuh badan mereka

perkara ini akan menjolokan mata si lelaki bila melihatnya dan akan menyebabkan timbulnya nasfu syahwat dan bila nafsu sudah tidak dapat di kawal maka jadi lah adegan " bergusti di dalam semak "," bergusti secara paksa " dan bla..bla..bla lagi


******

godaan seorang wanita akan menyebabkan seseorang lelaki tidak mungkin dapat menahannya kerana itulah salah satu senjata syaitan untuk mengugat iman seseorang lelaki 



P/S : HANYA SEKADAR RENUNGAN BERSAMA