Thursday, September 15, 2011

BILIK TERAKHIR

di malam ini aku sendiri
tidak mengerti kehidupan ini
di hari ini aku sendiri,kesepian ku menanti
hidupku berubahkan selama kenali rakan
hatiku mula mengikutkan perangai syaitan
aku menyingkirkan kedua ibu-bapa
kerna tak memahami diriku ini

aku membuat keputusan sendiri
untuk meninggalkan keluargaku ini
aku terjebak dengan segala jenayah
sehinggakan diriku di penjarakan
aku dilontarkan ke dalam penjara
setelah aku membuat salah
inikah balasan dati tuhan yang maha esa
aku tempuhinya dengan hatiku


*******

puisi diatas adalah coretan salah seorang banduan sel 3 blok C penjara pudu ia di nukilkan pada dinding bilik tersebut.di fahamkan banduan itu hanya menanti detik untuk memasuki BILIK TERAKHIR iaitu blok D untuk mereka yang dikenakan hukuman gantung sampai mati......




P/S : SAMBUNGAN DARI ENTRI INI

Wednesday, September 14, 2011

Tuesday, September 13, 2011

TEMBOK DAN TIRAI BESI

alhamdulillah di panjatkan kepada ilahi masih lagi mampu untuk merasai kebebasan alam ini daripada mereka yang kurang bernasib baik di atas perbuatan lampau sehingga terpaksa terdampar nun jauh di dalam tembok dan tirai besi penjara....

ahad lepas gua berpeluang mengikuti program bersama ahli waris yang lain iaitu "PENJARA PUDU 1001 KISAH".walaupun penjara pudu sudah lagi tidak beroperasi tapi gua percaya ia masih menyimpan 1001 kisah yang sehingga kini menjadi misteri kepada kita semua

blok D menjadi destinasi pertama untuk di terjah oleh kesemua ahli waris.dikhabarkan blok D ini terdapat bilik akhir untuk banduan akhir,banduan akhir ini pula banduan yang akan dijatuhkan hukuman gantung

setiap bilik kami perhatikan pasti ada coretan nota dan lukisan yang ringkas tapi membawa maksud yang mendalam mungkin mereka menyesal atas jenayah yang telah dilakukan.ada yang menyeramkan ada yang berunsurkan islam dan tak lari juga berunsurkan manusia juga tertera di bilik masing-masing

perasaan insaf dan gerun muncul di dalam hati ini.lantas berkata ini baru seksaan jiwa belum lagi seksaan fizikal di akhirat nanti tetapi umat manusia sekarang lupa bahawa mereka sudah sedikit kembali menjadi jahiliyah....



P/S : BERSYUKUR DAPAT MENGECAPI KEBEBASAN ILAHI

Friday, September 9, 2011

JANGAN KE MARI !!!

kah..kah..kah tajuk entri sudah mengambarkan apa yang hendak di sampaikan tapi kepada yang masih lagi blur-blur sotong tidak mengapa akan gua mencarut lebih panjang cuma siap bersedia sahaja untuk membacanya hohoho.....

" assalamualaikum " budak-budak datang nak beraya

" kami datang nak beraya " jerit budak-budak

" oh demm... "

apa yang lu orang rasakan adakah gua bukak pintu dan biarkan budak-budak ini datang beraya..dan jawapan gua TIDAK, apa?? oohh tidak bukan kerana gua kedekut pasal nak hulurkan duit raya tapi memang sudah termaktub didalam diri ini dan jangan tanya kenapa

mungkin zaman kanak-kanak gua memang jarang nak pergi beraya dari satu rumah jiran ke satu rumah dengan kawan-kawan sebaya mungkin mood raya kurang wujud didalam diri ini sebab itulah gua tidak gemar pergi beraya ke rumah kawan-kawan

bagi gua ia akan menyusahkan tuan rumah untuk menyediakan itu dan ini sedangkan kita sendiri tidak faham apa yang di hadapi ketika kita datang beraya, mungkin saat itu masanya tidak sesuai dan juga faktor-faktor yang lain bagi tuan rumah tersebut


*****

tidak salah untuk pergi beraya tapi pilihlah masa dan waktu yang sesuai kerana ia juga merapatkan silaturrahim sesama insan di atas muka bumi ini 




P/S : UKHWAHFILLAH HARUS DIJALANKAN DEMI PERSAUDARAAN

Tuesday, September 6, 2011

MIMPI

ada yang mengatakan ianya adalah sebuah metafora kehidupan dan ada juga yang mengatakan ianya hanya sekadar mainan tidur tapi ada pula yang mengatakan ia ada membawa maksud sesuatu

tapi mungkin ya...

pendahuluan gua ayat nak macam dalam kamus dewan bahasa pulak mwahahaha..hari ini sudah 8 syawal kita meninggalkan ramadhan tapi suasana bulan ramadhan masih lagi terasa di dalam jiwa ini...

taknak..gua taknak post pasal mimpi

tapi mimpi lah yang selalu bermain di minda gua sekarang  selalu bermimpi untuk benda yang mungkin tidak menjadi realiti.terus dan terus gua bermimpi di siang hari

yeah gua mengerti bahawa gua mesti lepaskan segala semua mimpi yang berada di dalam jiwa ini dan harus berpijak di bumi yang satu dan terus memandang langit biru yang tinggi sebagai titik tolak untuk mengapai harapan dalam hidup ini





P/S : INI ADALAH REALITI




Monday, September 5, 2011

MENTETEK ???

okeh first ini bukan entri lucah kalau ada yang rasa entri ini mengandungi unsur lucah ohhh anda silap terjah wahai blogger kih..kih..kih

MENTETEK ??? tajuk entri nak lucah tapi yang gua nak upkan adalah pasal golongan ibu atau wanita yang menyusu anak-anak mereka di khalayak ramai bukan menyusu pakai botol susu tapi melalui dari si ibu...ada paham ???

apasal tetiba gua nak sentuh pasal perihal seorang wanita ni okeh sebenarnya baru-baru ini telah berlaku beberapa insiden yang boleh dikatakan menzalimi hak ibu menyusu yang berlaku di KL**..dimana para ibu tersebut dihalau dari KL** walhal ia dilakukan secara sopan dan discreet

icon sudah cukup untuk mengambarkan nya
kih..kih..kih

diatas beberapa faktor mereka kaum ibu dihalau dan terpaksa menyusukan anak mereka di dalam tandas atas arahan pihak berkenaan dan bermacam-macam alasan yang diberikan kepada kaum ibu ini

bagi pihak yang berfikiran negatif pasti mereka ada point yang ingin disampaikan misalnya :-

- tak malu ke nak menyusu depan orang ramai ?
- pergilah menyusu di tempat tersembunyi sikit


yang berfikiran positif pula :-

- pandai-pandailah cover bukan nak tunjuk tetek       dekat orang
- dalam tandas ?? sanggup ke nak bagi anak menyusu     dalam tandas ??




******


bila difikirkan,kasihan anak tu terpekik terlolong sebab lapar takkan sanggup seorang ibu melihat anaknya lapar walaupun terpaksa berhadapan dengan keadaan persekitaran






P/S : GUA SOKONG BREASTFEEDING DI TEMPAT AWAM 

PERCUBAAN

okeh entri kali ini gua khaskan untuk kepada budak sekolah menengah batch 94 mwahahaha...kenapa dengan batch 94 dan kenapa tidak 95 dan lain-lain lagi

okeh kembali kepada main point iaitu PERCUBAAN..
esok bermula lah peperiksaan percubaan sijil pelajaran malaysia 2011 dan kepada budak-budak sekolah menengah tak kira samaada lu otak pandai atau otak slow, sekolah asrama atau sekolah harian, kaki buli atau kaki buku gua ucapkan semoga lu orang semua dapat menjawab dengan tenang

dan kepada blogger yang datang dari 94 harap bersabarlah jika lappy or berukband di sorok oleh orang tua anda dan bagilah mereka peluang untuk menikmati dunia muku buku atau blog yang selalunya dikuasai oleh anda semua hohohoho



ingatlah bahawa kejayaan semanis madu tidak akan datang tanpa pergorbanan sepahit hempedu 






P/S : SELAMAT MENJAWAB 

Sunday, September 4, 2011

LAHABAU PUNYA GERSANG !!!

gersang ??? apakah itu ??? hohohoho nak tau cari sendiri dekat pak cik google or lain tempat dan bukan dekat extension sial..okeh kenapa tetiba gua cakap pasal gersang pulak nie

kalau ada yang pernah baca entri gua pasal POLIMAS mesti tau tapi kepada yang belum baca tak payah susah-susah nak cari sebab hampir 95 peratus entri lama gua hilang dan entri POLIMAS itu tidak sama sekali mengandungi unsur-unsur lucah...hohohoho

petang tadi time tengah dilanda buhsan tahap cipan tetiba gua ada hasrat untuk membelek keyword search di extension sial untuk tengok apa yang dicari oleh reader sekalian tapi yang buat gua jadi bodoh untuk 5 minit ialah " awek politeknik kulim gersang " dan " awek politeknik seberang perai gersang "


oh demm....

gua pelik dan adakah extension mengandungi unsur-unsur lucah oh demm... ini serius jika extension sudah menjadi blog lucah hohohoho....


******

ramadhan sudah berlalu maknanya syaitan sudah terlepas..oohh demm





P/S : MUNGKIN LAHABAU ITU SUDAH GERSANG 

Saturday, September 3, 2011

MALANG SUDAH BERBAU

okeh ini mungkin entri yang paling serius di dalam extension sial mau tak serius jika ia melibatkan kebakaran atau api...

ada pepatah mengatakan " api bila kecil menjadi kawan bila besar menjadi lawan " dan hari ini gua telah berpeluang merasa pengalaman rumah terbakar seperti mana keadaan mangsa rumah terbakar...hohoho

hari ini 02.09.2011 bersamaan 4 SYAWAL 1432 H mungkin akan menjadi syawal yang paling diingati oleh keluarga arwah othman dan arwah siti aishah kerana telah berlaku satu kebakaran kecil sekitar kawasan dapur


hero yang tidak seberapa hero kih..kih..kih

kejadian berlaku sekitar jam 10 pagi dan telah melibatkan sebijik jentera bomba tetapi yang menjadi topik utama keluarga othman bukanlah mengenai punca kebakaran atau apa fungsi jentera bomba datang walhal api sudah di padamkan ???

yang menjadi topik utama ialah DAIM ( JUVANA ) kalau nak tau kenapa mari terjah SINI hohohoho.....yang menjadi persoalan ialah cucu siapa ??? anak siapa ??? dan bla..bla..bla lagi

dan kepada semua othman crew well done good jobs guys kita lebih awal padamkan api dari abang bomba dan yang paling penting sekali kita semua selamat alhamdulilah bak kata krol nizam " nasib baik cepat kalau meletup tadi satu lahad la jawabnya "

******

rumah terbakar panggil bomba..
bomba datang berlumba-lumba..
1,2,3 




P/S : DP HARUSLAH TUKAR MENJADI ABANG BOMBA 

Friday, September 2, 2011

THE SPECIAL ONE

wahhhh kelas gitu tajuk entri nak omputih saja..mwahahaha okeh entri ini lain sedikit kerana ia dikarang khas untuk bonda yang tersayang iaitu PN.ROHAYA OTHMAN yang telah menyambut ulang tahun nya yang ke ??? ( cer teka...cer teka )

okeh kembali ke jalan yang benar mwahahaha..pada detik jam 12 malam 02.09.2011 bersamaan 4 SYAWAL 1432 H dia telah melangkah setapak lagi kehadapan untuk terus berjuang didunia yang penuh pancaroba alhamdulillah allah telah memanjangkan hayat usianya untuk terus berada disamping keluarga yang tercinta ini...


SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE ???..SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI 





P/S : IKHLAS DARI ANAKMU " ASYRAF IMAN "