Friday, April 6, 2012

WARKAH UNTUK MR. ZORRO

salam mula sebagai pembuka bicara kepada mr.zorro | bagai mimpi menjadi kenyataan apabila dapat menulis surat kepada mr.zorro yang kini menjadi bualan hangat dikawasan ini sejak kebelakangan ini...

hai mr.zorro saya tahu awak tidak akan paham dan mengerti apa yang saya tuliskan ini tapi sebagai peminat koleksi superhero itu tidak menjadi penghalang untuk diri ini terus menulis warkah ini kepada anda

saya dipahamkan mr.zorro akan datang ke kawasan saya | adakah itu cuma sekadar khabar angin atau disebaliknya jika betul awak kemari sudah pasti saya orang pertama akan berasa bangga kerana dapat bertemu dengan zorro walaupun ada cerita disebaliknya

untuk makluman mr.zorro kami disini berbesar hati dengan kedatangan awak ke sini sehingga kan ada yang sanggup mengeluarkan sedikit modal untuk menjadi seperti awak dan ada juga yang ingin seperti rakan seperjuangan awak yang lain

untuk pengetahuan awak juga tiket masuk untuk melihat kelibat anda kemari dikhabarkan laris umpama goreng pisang panas diwaktu petang tapi adakah awak mengerti apa itu goreng pisang ??? 


ohh okeh terdapat kesilapan disitu maafkan saya mr.zorro

jangan pula disebabkan kesilapan ini anda tidak mahu melayani keletah para peminat yang sentiasa di belakang anda walaupun ada segelintir yang tidak beberapa suka akan kisah disebalik zorro yang suka mencuri dan bla..bla..bla lagi

tapi kami semua tahu akan kebaikan zorro lakukan itu mencuri untuk membantu golongan yang tertindas tapi masih ada cara lain bukan kerana dengan lakonan yang dilakukan takut pula ada yang terbawa-bawa sehingga menjadi zorro 2.0

maaf jika surat ini agak berat untuk dipahami oleh mr.zorro kerana untuk pengetahuan mr.zorro saya bukanlah peminat kipas mati anda kerana jiwa ultraman lagi besar di dalam diri ini hohohoho


******


pecah kaca,pecah gelas 
cukuplah mr.zorro baca,saya tidak minta mr.zorro balas




P/S : any problem mr.zorro 2.0 

No comments:

Post a Comment