Friday, March 30, 2012

KENANGAN INI

seriously video dekat bawah ni memang rare gila sebab apa gua cakap macam tu hanya yang pernah lalui situasi itu saja akan cakap video my generasi ini terbaik sebab dapat mengimbau kembali memori di zaman bangku sekolah

video ini kalau tengok dengan member-member kelas pasti akan ada yang tergelak bila mengimbau kisah kenakalan di zaman bangku sekolah sama ada rendah mahupun di peringkat menengah





*****

video ini seriously memang epic bila time cara nak ayat awek pakai surat lagi mana ada pakai fb,twitter or bla..bla..bla pastu part beratur di tapak perhimpunan itu memang terbaik...





P/S :BACK IN THE OLD DAY

Wednesday, March 28, 2012

WORDLESS WEDNESDAY #8



******

she serves with no 17/19 squadron dubbed the smokey bandits 


P/S : Malaysia's first female fighter pilot 

Tuesday, March 27, 2012

PERJUANGAN INI

" muhammad asyraf iman " seruan abang askar

" saya tuan !!! " jawab diri ini

" ehh muka kau lagi "

" kau tak serik ke asyik kena maki dengan aku "

" tidak tuan "


( sekadar contoh ilusi )

" cuba cakap kenapa kau nak sertai pasukan ini "

" saya nak berkhidmat untuk negara tuan !!! "

" semua orang boleh cakap macam tu "


******

walaupun sering diuji atau diprovokasi oleh abang askar setiap kali bertemu diri ini tidak akan berundur atau menyerah dan diri ini akan berjuang dengan sejiwa murni


P/S : WILL BECOME THE NEXT GENERATION


Wednesday, March 21, 2012

WORDLESS WEDNESDAY #7



******
sekalung tahniah diucapkan pada mereka yang berjaya dan yang kurang berjaya janganlah pula bersedih



P/S : KEPUTUSAN SPM 2011


Monday, March 19, 2012

DIBURU KETAKUTAN

" eh kau sini kejap " | abang askar berkata

" ya.encik ada apa " | sambil mengukirkan senyuman

" lama kau hilang mana pergi "

" ooo ada kerja sikit "

" badan ko dah cun la "

" .... "

******

pagi tadi seperti biasa menjadi rutin untuk keluar berlari dari masalah tapi hari ini menjadi seronok sikit apabila sesi berlari dari masalah diikuti sama oleh abang askar TD dari kem wardieburn

tapi yang membuat diri ini menjadi sedikit hairan apabila segala perilaku ini sudah diperhatikan oleh mereka sejak dari dulu lagi sehingga mereka semua tahu yang dulunya diri ini hanya bersaizkan L dan sekarang sudah direvolusikan menjadi M

hendak ditambahkan ketakutan ini mereka juga tahu bahawa diri ini sedang berusaha untuk menempatkan diri didalam TUDM agar dapat berbakti pada negara

tapi yang membuatkan diri ini kembali tersenyum apabila mereka menyatakan agar berikan yang terbaik pada 24 dan 26 mac serta pada 25 dan 26 april semoga berjaya hasrat di hati



P/S : TERIMA KASIH TUAN !!

Sunday, March 18, 2012

SAMPAI MATI

setelah sekian lama diri ini hilang entah kemana dari menjadi pemain ke-12 di sebabkan atas beberapa faktor yang tidak dapat gua elakkan untuk terlibat bersama anak kota yang lain untuk menyokong KUALA LUMPUR 


tapi semalam menjadi saksi apabila gua turun untuk menyokong game klang valley derby ke-70 diantara KUALA LUMPUR vs SELANGOR | setelah lama tidak menyertai keluarga KLU atau yang dahulunya dipanggil KCU kini terpanggil untuk menyertai mereka sebelum pulang ke habitat asal




sudah banyak yang di revolusikan..KCU dan KLU memang jauh beza dari segi chant sudah banyak yang berubah dan kekuatan anggota KLU jauh lebih besar dari KCU

tetapi KCU dan KLU mereka ini tetap memegang prinsip yang sama walaupun sudah di revolusikan iaitu akan memberikan sokongan tanpa berbelah bagi kepada pasukan KUALA LUMPUR dalam apa jua pun keputusan yang diperoleh


*****


walaupun keputusan perlawanan semalam tidak memihak kepada skuad warga kota tetapi THE CITYBOYS tetap berdiri teguh sampai mati akan bersama KUALA LUMPUR



P/S : SALUTE TO ALL BROTHER

Wednesday, March 14, 2012

ANGKARA MABUK

yeah angkara mabuk hampir saja nyawa ini melayang tapi bukan diri ini yang mabuk atau dibawah pengaruh alkohol sehingga membahayakan diri sendiri tetapi angkara orang lain diri ini turut sama terlibat sekali

malam semalam seperti biasa diri ini keluar tanpa arah tuju dengan tujuan untuk melihat kehidupan warga kota yang pelbagai ragam taktala malam semakin tinggi akan tetapi di dalam lubuk benak ini dapat merasakan sesuatu yang tidak baik pasti akan berlaku lantas keputusan di buat

jam 22.30 beransurlah diri ini untuk kembali pulang ke sarang setelah keluar merayau tanpa hala tuju akan tetapi sewaktu berada di atas sentul link dalam sekelip mata sahaja muncul sebuah lori muatan berat merempuh sebuah kereta iswara dan diikuti 7 biji kereta yang lain termasuklah diri ini yang baru sahaja hendak mengenali dunia pemotoran

tiada luka dan kecederaan yang berlaku pada diri ini akan tetapi tuan empunya iswara dikhabarkan patah tengkok akibat rempuhan oleh pemandu lori yang memandu di bawah pengaruh alkohol



hanya sekadar mengalamai kerosakan bumper depan,bumper belakang serta tayar di bahagian hadapan terpaksa ditukar setelah rosak dan bengkok teruk akibat insiden semalam




P/S : TRAUMA BUAT SEMENTARA WAKTU 

Monday, March 12, 2012

MAGGI LIPAS

yeah katanya mengenai maggi lipas tapi apakah itu ??? jangan ada pula yang pandai membuat tafsiran sendiri bahawa di dalam bungkusan maggi tersebut ada lipas dan ianya tidak benar sama sekali

maggi lipas hanyalah sekadar gurauan antara adik dan abang taktala malam semakin jauh perut ini terasa seperti berada di dalam sebuah konsert amal yang tidak perlu tiket atau bayaran masuk dan secara autonya diri ini akan mencari mangsa untuk dianiayakan hohoho....

" wahh ada bau maggi ayam ni " 

" ish jangan aritu hang kata ada lipas dalam dia "

" tak apa kalau ada lipas itu yang sedap "


******

ternyata maggi adik gua menjadi mangsa taktala beribu alasan yang diberikannya agar maggi tersebut selamat di dalam simpanan dia 


P/S : APA ADA HAL ???

Saturday, March 10, 2012

WILAYAH FOREIGNER

taktala malam semakin jauh meninggalkan siang gua keluar melihat dunia dan merasai nikmatnya keindahan alam ini taktala berjalan tanpa arah tuju diri ini berhenti seketika untuk membasahkan tekak yang telah sedikit kering

jalan masjid jamek atau senang diceritakan lagi ialah lorong masjid india disitu terdapat pelbagai jenis kehidupan manusia dari seluruh pelusuk alam ada melayu,cina,india tapi ditambah dengan satu golongan yang baru iaitu bangla

tapi yang menjadi persoalan ialah apabila gua masuk kedalam kedai mamak tu semua bangla yang berada disitu memandang kearah gua mungkin mereka berkata sama sendiri " oh no what is that never see before " dan ternyata di situ malaysia akan tambah lagi satu bangsa

" bangla " satu fenomena yang berlaku di celah Malaysia apabila kedatangan mereka mengubah fenomena padangan kita terhadap status pelancong asing.


******

some are nice,gatai,kurang hajaq dan some sudah pun berstatus rakyat Malaysia.



P/S : I AM A RACIST sikit-sikit

Thursday, March 8, 2012

BUATMU WANITA

yeah entri kali ini khas dan spesifikan khusus untuk wanita di seluruh dunia.ayuh dengar sini wahai wanita yang berada di seluruh dunia tak kira bangsa,umur atau rupa asalkan anda seorang wanita 

tanpa wanita disisi siapalah seseorang lelaki itu jangan katakan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.tanpa mereka hati,fikiran dan perasaan lelaki akan resah dan masih mencari-cari walaupun sudah ada segalanya

kepada wanitalah lelaki memanggil ibu,isteri atau puteri

dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus tak mungkin mampu nak meluruskan mereka


*******



P/S : SELAMAT HARI WANITA 

BUNOHAN

hari ini 8 march 2012 bersamaan 15 rabiulakhir 1433 H walaupun permulaan hari ini dimulakan dengan hujan yang agak renyai tapi itu tidak menjadi penghalang untuk gua terjah ke GSC berjaya times square untuk cerita BUNOHAN

taktala menunggu saat tibanya LRT otak ini mula giat berimaginasi akan cerita BUNOHAN bergenrekan aksi atau tengok dari trailernya sudah cukup dengan aksi tomoi dan bunuh sana bunuh sini tapi silap kedua-duanya tidak....

jam 11.40 am didalam hall 6 duduknya atas kusyen empuk menjadi saksi untuk diri ini menyaksikan sendiri apa itu BUNOHAN yang diarahkan Dain Said...


mengikut kepahaman gua setelah menyaksikan apa itu BUNOHAN cerita ini memaparkan kisah 3 adik beradik dan seorang bapa yang hilang kasih sayang dan kisah pengkhianatan sesama manusia,rasuah dan penipuan disamping usaha untuk merapatkan ikatan kekeluargaan yang lama hilang dan beransur ke arah keganasan dan pembunuhan

dibarisi oleh faizal hussein (ilham),zahiril adzim (bunga lalang),pekin ibrahim (bakar),bront palare (deng),wan hanafi su(pok eng) sudah cukup bagi BUNOHAN menjanjikan aksi aksi perlawanan,pergaduhan yang realistik dan hebat


*******

" menghina seseorang dari kampung BUNOHAN adalah sama seperti menghina penduduk sekampung "



P/S : GUA SUDAH BUNOHAN...ANDA ???

Wednesday, March 7, 2012

Sunday, March 4, 2012

GURAUAN SI IBU

situasi didalam kereta setelah kedua orang tua mengambil gua untuk pulang ke rumah :

" hang da ada awek belum "

" uish awat tanya macam tu plak "

" saja la tanya sebab lisa surirumah hang da kahwin "

gua mengambil langkah berhati-hati dan terus mendiamkan diri dari soalan maut yang di terjah mak gua

yang gua pelik bukan mak gua nak tanya sihat ka or something bla..bla yang boleh menunjukkan dia ambil berat dekat anak janatn dia yang seorang ini tapi lain yang di harap lain yang dapat aiyoooo



P/S : MANA KAMU YANG KUCARI ???

Saturday, March 3, 2012

UNTUK MASA DEPAN

sekali tengok tajuk entri dah macam cilakak pulak tapi tertulis disini untuk masa depan katanya hohohoho..okeh entri ini diupkan kerana pada 01.03.2012 gua telah duduki test english dengan jayanya

tapi itu bukan persoalan yang gua nak timbulkan yang menjadi punca untuk gua terus bertulis ialah mengenai kebijaksanan gua menjawab section c yang telah diberi pilihan " EFFECT OF SMOKING " atau " BENEFIT SAVING MONEY " sudah nampak permainan dia tapi masih keliru hendak terjah yang mana dahulu keh..keh..keh

dengan mengambil langkah berhati-hati maka terjawab section c gua dengan soalan " BENEFIT SAVING MONEY " tapi ada pula yang mengatakan " EFFECT OF SMOKING " lagi senang katanya sebab ada banyak point untuk terang lagi details 


untuk yang ada pengalaman memang la pilih " EFFECT OF SMOKING " tapi yang macam gua ni jenis tak hisap benda tu memang tak expert la jawab dia tapi kalau bagi benda lain insyaallah gua akan cuba menghisapkannya hohohoho

tapi itu semua gua tak peduli sebab kertas sudah dijawab yang buat gua peduli ialah salah satu isi didalam section c tersebut yang membuat gua tergelak bila memikirnya kembali  

*******

BENEFIT SAVING MONEY = gua jawab buat belanja kahwin keh..keh..keh 




P/S : OH DEMM

Friday, March 2, 2012

SELAMAT KE-79

semalam bersamaan 01.03.2012 TENTERA DARAT MALAYSIA telah menjangkau usia 79 tahun dan telah sinonim dengan pembangunan,pertahanan serta keamanan negara tercinta.


bertemakan 1 angkatan : Tetap Gagah Tetap Setia diterapkan untuk mengukuhkan lagi ikatan ukhwah di kalangan warga tentera.

masih tidak terlambat untuk warga extension mengucapkan tahniah kepada TENTERA DARAT MALAYSIA dan tidak dilupakan agar bertafakur sejenak dengan menghadiahkan al-fatihah kepada perajurit kita yang telah terkorban demi mempertahankan kedaulatan negara



******


mereka gagah mereka setia mereka adalah anggota TENTERA DARAT MALAYSIA 


P/S : GAGAH SETIA