Friday, April 6, 2012

ZORRO PUNYA HAL

hari ini seperti biasa tapi yang jadi tak biasa kerana gua dengar zorro nak datang tempat gua..bila zorro datang ?? acano dia buleh sampai dekat sini ?? itu semua lu orang semua jangan tanya

bila berbicara mengenai zorro masih gua ingat lagi di isi benak akan kisah cikgu gua bertanyakan satu soalan kepada diri ini pada ketika dahulu

" iman awak bila sudah besar mahu jadi apa "

" ultraman cikgu !!! " jawab budak darjah satu pada ketika itu

" tapi ultraman tak wujud la " balas cikgu gua

" ..... "

oh demm jawapan yang agak bernas yang diberikan oleh gua tapi dikatakan semua itu hanya sekadar mainan ilusi dan tahyul belaka tapi pada ketika itu gua percaya bahawa ultraman itu satu kehidupan yang mempunyai mak ayah,ada abang adik dan kakak

dan gua juga percaya akan kewujudan burung kuning di dalam cerita sesame street sebab gua percaya ada makhluk dalam tong sampah seperti elmo dan rakan-rakan yang lain

semua ini salah cikgu sebab telah menghancurkan impian gua untuk menjadi ultraman dan sekarang gua akan menyertai TUDM agar dapat merasai membawa jet seperti mana didalam cerita ultraman keh..keh..keh

******

semestinya ultraman itu pernah wujud dan hanya orang istimewa sahaja dapat jadi ultraman dan orang itu ialah gua !!





P/S : hye zorro !!!

No comments:

Post a Comment