Wednesday, August 31, 2011

PAGI RAYA PUNYA HAL

okeh ini cerita di hari pagi raya yang boleh di anggap sawan bagi gua kah..kah..kah

macam rutin pagi raya yang tahun lepas seperti biasa bangun awal pagi mandi sunat terus pergi masjid untuk sembahyang raya tapi yang buat gua jadi sawan ialah sewaktu di masjid gua jumpa budak juvana oooooooooo.....

cuba teka cepat kalau betul gua bagi choki-choki
hehehehe


okeh gua jumpa zahiril adzim kenal tak siapa dia ala daim hero dalam cerita juvana..apa lu masih tak kenal okeh da pergi terjah TAAP belum " TOLONG AWEK AKU PONTIANAK "

okeh kalau sudah kenal tak watak bob boyfriend kepada maya tu haaaa dia la yang gua jumpa di masjid tadi sembahyang satu saff dan paling sawan tahap cipan apabila dia salam dan ucapkan selamat hari raya dekat gua...perghhhh rasa nak terpancut di situ hehehehe

tidak ku sangka yang zahiril adzmin satu kampung dengan gua rasa nak terjah rumah dia tapi tengok dari luar memang ramai mungkin ada masa nanti gua pergi rumah dia untuk beraya hehehehe




P/S : BANDAR BAHARU,KULIM KEDAH

Sunday, August 28, 2011

MERDEKA !!!

okeh selepas gua upkan entri ini ada yang mengatakan gua cuba untuk bersuara dan memberontak tapi ada juga yang menyokong apa yang gua rasakan itu namun entri itu hanya sekadar untuk renungan bersama dan tidak mempunyai apa-apa yang tersirat di dalam

sempena menyambut hari kemerdekaan negara yang ke-54 gua dan extension sial ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan negara dan kepada anda semua ingatlah jasa dan pengorbanan pahlawan negara kita yang telah gugur di medan perang


kepada lelaki atau perempuan,muda atau tua,melayu atau cina atau india,masih belajar atau sudah berkerja,otak kuning atau otak hijau,suka biru atau suka kuning,sudah berkahwin atau belum berkahwin

ingatlah bahawa kita mempunyai adat,nilai dan agama yang tersendiri dan saya orang melayu bangsa saya mengajar untuk menghormati satu sama lain dan saya orang islam agama saya menyuruh saya untuk berbuat baik walaupun penganut lain


*****


dan ingatlah bahawa setiap agama dan bangsa mempunyai kebaikan yang masing-masing




P/S : MERDEKA !!!

Saturday, August 27, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

gua asyraf iman mengucapkan selamat hari raya kepada semua blogger yang datang ke blog ini. Diharap raya tahun ini disambut dengan meriah ok?

walaupun blog ini masih lagi kosong atas beberapa masalah yang tidak dapat dielakan gua sebagai tuan rumah menggucapkan terima kasih kerana sudi jua anda singgah beraya di extension sial 






P/S : MAAF ZAHIR BATIN

Friday, August 26, 2011

ADAKAH INI YANG DINAMAKAN MERDEKA

okeh kali ini gua nak upkan entri mengenai hari kemerdekaan negara kita berbanding entri mengenai menyambut syawal yang akan tiba tidak lama lagi  

tapi kalau ditanya maksud merdeka pasti ada yang jawab " bebas dari penjajah dan bla..bla..bla lagi " betul bukan

tapi cuba kita renung kembali kenapa berlaku kes kecurian dan bla..bla..bla lagi adakah mereka mencuri kerana hobi..adakah orang melacur demi kesedapan..adakah orang merompak untuk menjadi cool dan adakah orang membunuh untuk nampak hebat.


oohhh tidak sama sekali semua ini berlaku kerana kita seluruh umat manusia dipaksa untuk mengikut sistem gila ini.kita sebenarnya masih dijajah dan bukan entiti negara yang menjajah kita tapi entiti kelas yang dipanggil sebagai BORJOIS ini yang menjajah

tak kira,dari pakistan ke macau,dari iran ke argentina,dari burma ke portugal,dari rusia ke MALAYSIA hampir kesemua warga buruh,warga penganggur semuanya masih ditindas lagi dengan entiti kelas ini

kita rasa kita sudah maju,sudah berjaya,ada kereta proton saga,cyberjaya tapi sebenarnya kita hanya sekadar satu kelompok manusia yang pentingkan diri sendiri



P/S : PEACE NO WAR :D

Thursday, August 25, 2011

PENIAGA KOBOI....

kah...kah...kah tajuk entri macam cilakak...

okeh kembali serius...

gua memang tak paham dengan segolongan pihak berkuasa yang sanggup menindas kaum sendiri di bulan yang penuh barakah ini..walhal mereka mencari rezeki yang halal dan mereka tidak melakukan sebarang kekecohan sehingga perlu disita segala peralatan " peniaga koboi " ini

acap apa pulak yang hang merepek ni ???

okeh " peniaga koboi " ialah mereka yang menjual air,keropok lekor dan bla..bla..bla di jalan masjid india,jalan TAR dan jalan bla..bla..bla lagi

kenapa pulak hang cakap depa koboi ???

okeh cuba lu orang perhatikan jika ada pihak berkuasa datang terjah mesti depa semua ini akan lari sambil membawa barang jualan depa semua...betul bukan



erm.......

awat lu orang nak cakap depa semua ini salah..memang depa semua ini salah sebab tak dak lesen tapi bagi lah mereka peluang untuk meniaga pada malam hari tambahkan lagi sekarang bulan puasa kita mesti paham ekonomi setiap orang tidak selalu stabil




P/S : SETIAP ORANG ADA MASALAH SENDIRI

OKU !!


gua benci perangai OKU. OKU ini dipandang rendah masyarakat. OKU buat kerja apa pun tak pernah sungguh-sungguh. Baru buat kerja sikit dah berhenti separuh jalan.

memanglah tak ada orang yang suka ambil OKU untuk bekerja dengan mereka. gua juga sarankan pada teman-teman semuanya supaya janganlah diambil OKU bekerja dengan anda. mereka hanya bakal menyusahkan anda sahaja.

ya, gua tahu OKU ni banyak kekurangan. tapi kita yang lain ini juga serba kekurangan. Itukan fitrah manusia tiada yang sempurna.

OKU itu hanyalah satu gelaran, tapi gelaran itu bukanlah mutlak pada satu milikan.

OKU yang gua katakan bukanlah mereka yang tak berkaki tak bertangan. tapi pada mereka yang kerjanya tiada kesungguhan mereka ini tidak lain tidak bukan hanya mahu hidup bersenang-senangan tanpa mahu mengenal erti kepayahan.

keliru? masih rasakan gua zalim tak berhati perut?

tak mengapa kita semua ada pendapat sendiri. Ini pendapat gua.



P/S : ORANG KURANG USAHA...OKU

Wednesday, August 24, 2011

INI SERIUS...

gua balik rumah terus terjah pc

gua bukak etxension sial 

gua menjadi hairan 

semua entri hilang ???

adik gua cakap dia TERdelete !!! 

ermmmm....


gua ingin menjadi hulk tapi tak apelah 

bulan puasa memerlukan kesabaran yang tinggi




P/S : KEMBALI BERMULA DARI BAWAH