Friday, September 9, 2011

JANGAN KE MARI !!!

kah..kah..kah tajuk entri sudah mengambarkan apa yang hendak di sampaikan tapi kepada yang masih lagi blur-blur sotong tidak mengapa akan gua mencarut lebih panjang cuma siap bersedia sahaja untuk membacanya hohoho.....

" assalamualaikum " budak-budak datang nak beraya

" kami datang nak beraya " jerit budak-budak

" oh demm... "

apa yang lu orang rasakan adakah gua bukak pintu dan biarkan budak-budak ini datang beraya..dan jawapan gua TIDAK, apa?? oohh tidak bukan kerana gua kedekut pasal nak hulurkan duit raya tapi memang sudah termaktub didalam diri ini dan jangan tanya kenapa

mungkin zaman kanak-kanak gua memang jarang nak pergi beraya dari satu rumah jiran ke satu rumah dengan kawan-kawan sebaya mungkin mood raya kurang wujud didalam diri ini sebab itulah gua tidak gemar pergi beraya ke rumah kawan-kawan

bagi gua ia akan menyusahkan tuan rumah untuk menyediakan itu dan ini sedangkan kita sendiri tidak faham apa yang di hadapi ketika kita datang beraya, mungkin saat itu masanya tidak sesuai dan juga faktor-faktor yang lain bagi tuan rumah tersebut


*****

tidak salah untuk pergi beraya tapi pilihlah masa dan waktu yang sesuai kerana ia juga merapatkan silaturrahim sesama insan di atas muka bumi ini 




P/S : UKHWAHFILLAH HARUS DIJALANKAN DEMI PERSAUDARAAN

3 comments: