Tuesday, September 13, 2011

TEMBOK DAN TIRAI BESI

alhamdulillah di panjatkan kepada ilahi masih lagi mampu untuk merasai kebebasan alam ini daripada mereka yang kurang bernasib baik di atas perbuatan lampau sehingga terpaksa terdampar nun jauh di dalam tembok dan tirai besi penjara....

ahad lepas gua berpeluang mengikuti program bersama ahli waris yang lain iaitu "PENJARA PUDU 1001 KISAH".walaupun penjara pudu sudah lagi tidak beroperasi tapi gua percaya ia masih menyimpan 1001 kisah yang sehingga kini menjadi misteri kepada kita semua

blok D menjadi destinasi pertama untuk di terjah oleh kesemua ahli waris.dikhabarkan blok D ini terdapat bilik akhir untuk banduan akhir,banduan akhir ini pula banduan yang akan dijatuhkan hukuman gantung

setiap bilik kami perhatikan pasti ada coretan nota dan lukisan yang ringkas tapi membawa maksud yang mendalam mungkin mereka menyesal atas jenayah yang telah dilakukan.ada yang menyeramkan ada yang berunsurkan islam dan tak lari juga berunsurkan manusia juga tertera di bilik masing-masing

perasaan insaf dan gerun muncul di dalam hati ini.lantas berkata ini baru seksaan jiwa belum lagi seksaan fizikal di akhirat nanti tetapi umat manusia sekarang lupa bahawa mereka sudah sedikit kembali menjadi jahiliyah....



P/S : BERSYUKUR DAPAT MENGECAPI KEBEBASAN ILAHI

3 comments:

  1. Seronoknye dapat melawat tempat macam tue .
    Nape tak letak gamba kat sane skali ?

    ReplyDelete
  2. oh .dah tengok ! :)

    ReplyDelete