Sunday, October 2, 2011

KEMBALI #1

setelah hampir 3 minggu extension sial sepi tanpa khabar kini extension sial telah kembali aktif semula bagaikan terjaga dari lena itulah ungkapan yang boleh gua gambarkan kepada seluruh rakyat extension kah..kah..kah

pergh....pendahuluan ayat nak macam teks ucapan hari merdeka pulak mwahahaha. okeh kepada rakyat extension yang veteran mesti tahu kemana gua pergi menghilangkan diri hampir 3 minggu dan yang masih muda di extension usah risau anda akan dapat mengetahui jua kemana hilangnya diri ini

seperti mana yang sedia maklum bahawa gua telah pun pergi ke pemilihan perajurit muda siri 46/2011 untuk mencabar diri agar berbakti kepada negara

ketika hasrat ini disuarakan ada yang mengatakan bahawa gua bergurau dan ada juga yang menanyakan bagaimana pula dengan pengajian tetapi apabila diri ini sudah membuat keputusan tiada siapa boleh menghalangnya

20 julai 2011,butterworth,pulau pinang disinilah pemilihan pertama perajurit muda yang gua hadir berseorangan tanpa ahli keluarga disisi.dewan seri bayu,teluk air tawar telah menjadi lokasi bagi pemilihan tersebut

kemudiannya pada 28 julai 2011 gua pergi ke sek.men.keb taman melawati untuk pemilihan kedua bagi perajurit muda siri 46/2011. alhamdulillah berada di kuala lumpur keadaannya lebih senang ketika berada di butterworth,pulau pinang

ketika bulan syawal hampir melabuhkan tirainya pemilihan terakhir perajurit muda siri 46/2011 diadakan di port dickson,negeri sembilan pada 21.09.2011 dan sekali lagi gua pergi untuk mencuba sehabis mungkin


******

panjang macam karangan SPM bukan hohoho... tapi inilah cerita dari awal pemilihan sehingga akhir yang gua telah pun pergi bagi siri 46/2011





P/S : ATM BENTENG PERTAHANAN NEGARA

4 comments:

  1. Wahh . Betul rupenye . hahah .
    Kau dapat tak doe ??

    ReplyDelete
  2. @yasmin hang ingat aku main2 ka aiyooo

    ReplyDelete
  3. ko masuk askar ke bro? ni prebet or wat?

    ReplyDelete
  4. @zul ini perajurit muda/anggota lain-lain pangkat

    ReplyDelete