Sunday, August 28, 2011

MERDEKA !!!

okeh selepas gua upkan entri ini ada yang mengatakan gua cuba untuk bersuara dan memberontak tapi ada juga yang menyokong apa yang gua rasakan itu namun entri itu hanya sekadar untuk renungan bersama dan tidak mempunyai apa-apa yang tersirat di dalam

sempena menyambut hari kemerdekaan negara yang ke-54 gua dan extension sial ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan negara dan kepada anda semua ingatlah jasa dan pengorbanan pahlawan negara kita yang telah gugur di medan perang


kepada lelaki atau perempuan,muda atau tua,melayu atau cina atau india,masih belajar atau sudah berkerja,otak kuning atau otak hijau,suka biru atau suka kuning,sudah berkahwin atau belum berkahwin

ingatlah bahawa kita mempunyai adat,nilai dan agama yang tersendiri dan saya orang melayu bangsa saya mengajar untuk menghormati satu sama lain dan saya orang islam agama saya menyuruh saya untuk berbuat baik walaupun penganut lain


*****


dan ingatlah bahawa setiap agama dan bangsa mempunyai kebaikan yang masing-masing




P/S : MERDEKA !!!

No comments:

Post a Comment