Thursday, July 4, 2013

CRUSH

Zaman remaja tu zaman yang sangat indah.
Saat mengenal dunia seribu cerita.
Masa mula nak menapak dalam hidup yang banyak dugaanya.
Juga masa mula nak mencari erti cinta.


Zaman sekolah.
Bila orang bercinta, kadang-kadang kita pun ada rasa nak juga.
Tapi tak kurang yang tak endah, tak peduli apa-apa,
Bagi mereka, bukan cinta, tapi cita yang lebih utama.


Aku? Tak kurang hebatnya.
Zaman sekolah, ramai kawan tak kira lelaki dan perempuan.
Merasa jugalah dicop sebagai “buaya” walau seketika.
Tapi status solo tu berjaya dipertahan sampai ke akhir sekolahnya.
Sebab itu janji pada diri, 

kalau tak ikut pada diri jugalah ‘berdosa’.

Sampai satu masa gadis yang diidam-idamkan datang mencuit jiwa.
Putih, berkaca mata.
Bebola mata hitam pekat, bulat.
Muka bujur sirih, senyuman manis selalu terukir di muka.
Berbaju kurung terserlah si gadis,
bertudung bawal sebab masa tu tudung Yuna belum ada.
Aku tekad memecah egois, mahu mengenal cinta.

Hingga sekarang masih mengenal hati dan jiwa.
Harapan diri dia yang selamanya.

Maaf, kata ini bukan semestinya buat saudari dan saudara.
Maaf sekali kalau ada yang meluat dengan hamba.
Hamba cuma ingin sekali ada yang terbaca, dan tahu.
Yang dia, di ingatan sentiasa.

Moga Dia menjodohkan kita.

1 comment:

  1. insyaAllah.. smoga jodoh ada bersama dgan gadis impian itu.. Amin

    ReplyDelete