Wednesday, March 14, 2012

ANGKARA MABUK

yeah angkara mabuk hampir saja nyawa ini melayang tapi bukan diri ini yang mabuk atau dibawah pengaruh alkohol sehingga membahayakan diri sendiri tetapi angkara orang lain diri ini turut sama terlibat sekali

malam semalam seperti biasa diri ini keluar tanpa arah tuju dengan tujuan untuk melihat kehidupan warga kota yang pelbagai ragam taktala malam semakin tinggi akan tetapi di dalam lubuk benak ini dapat merasakan sesuatu yang tidak baik pasti akan berlaku lantas keputusan di buat

jam 22.30 beransurlah diri ini untuk kembali pulang ke sarang setelah keluar merayau tanpa hala tuju akan tetapi sewaktu berada di atas sentul link dalam sekelip mata sahaja muncul sebuah lori muatan berat merempuh sebuah kereta iswara dan diikuti 7 biji kereta yang lain termasuklah diri ini yang baru sahaja hendak mengenali dunia pemotoran

tiada luka dan kecederaan yang berlaku pada diri ini akan tetapi tuan empunya iswara dikhabarkan patah tengkok akibat rempuhan oleh pemandu lori yang memandu di bawah pengaruh alkohol



hanya sekadar mengalamai kerosakan bumper depan,bumper belakang serta tayar di bahagian hadapan terpaksa ditukar setelah rosak dan bengkok teruk akibat insiden semalam




P/S : TRAUMA BUAT SEMENTARA WAKTU 

1 comment:

  1. lol.. bahaya dow.. kadang2 walaupun kita dah hati2 org lain tu.. yg tak berhati2.. syukur ko slamat..

    ReplyDelete