Monday, October 8, 2012

SAMPAI DISINI SAJA

setelah berfikir sejenak mungkin ada betul juga apa yang dikatakan oleh musibat-musibat sekalian dan gua tekad untuk lupakan kisah lama dan teruskan mara kehadapan tanpa menoleh kebelakang lagi setelah diri ini membuat satu kesilapan dulu sehinggakan bakal "di lelong" sampai ke hujung dunia

"dilelong" yeahhh gua bakal dilelong disebabkan gua silap buat keputusan demi seorang insan tapi kerana insan itu jugak gua jadi sebegini rupa

apa gua nak buat ??? 
marah ??

kenapa nak marah sedangkan dulu dia pernah bertakhta dihati tapi tak ada guna jika kita marah sekali mana pun sebab benda sudah jadi dan benda sudah lepas..orang cakap nak ataupun tidak kita kena terima walaupun ianya pahit untuk ditelan 


tapi sedikit terkilan apa bila orang cakap "diperbodohkan" dek alasan yang tak masuk di akal tapi bukankah mudah jika memberitahu hal yang sebenar insyaallah diri ini cuba menerima walaupun kebenaran itu kadang-kadang agak sakit untuk kita menerimanya


hendak diceritakan panjang pun sudah tiada guna lagi kerana semua sudah lepas kerana dia juga sudah memilih apa yang layak baginya dan betul kata orang sepertimana ada yang mengatakan "tak semestinya orang yang kita suka dari dulu akan jatuh hati pada kita" 

sudah sampai masa untuk diri ini melangkah pergi dan mencari yang hakiki untuk masa depan diri sendiri tanpa mengharapkan ehsan dari orang untuk meneruskan kehidupan



******

" kau sepatutnya dapat yang terbaik,yang kau terhegeh-hegeh lagi buat apa ? nanti orang buat kau macam sampah hati kau jugak yang sakit "



P/S : TIADA KENA MENGENA ANTARA HIDUP DAN MATI !!!

1 comment: