Wednesday, August 1, 2012

WARKAH UNTUK BAKAL IBU MERTUA

salam mula sebagai pembuka bicara niat dihati untuk menulis warkah ini adalah kerna sudah sampai masanya untuk saya meluahkan segala isi hati ini kepada makcik...

hai mama eh makcik..apa khabar ? saya harap makcik sekeluarga sentiasa sihat dan berada di bawah lindungan tuhan | walaupun saya sudah mengetahui bahawa makcik bukanlah seorang blogger atau mempunyai blog akan tetapi saya tetap jua akan menulis dan menceritakan tentang surat ini kepada makcik

untuk makluman makcik,pintu hati ini telah diketuk oleh anak makcik dan secara serius saya sudah meminati dia | maksud saya disini anak makcik yang perempuan dan bukannya saya nak mencintai anak makcik yang lelaki itu | jangan risau saya normal orangnya

untuk pengetahuan makcik,saya berasal dari sentul,kuala lumpur | sudah lama menetap di kota raya ini boleh dikatakan sejak dari hingusan lagi sehinggalah sekarang menjadi seorang yang gagah di mata anak makcik  


mama eh makcik...

saya sedar bahawa diri ini tidak mampu untuk menjaga anak makcik sekarang tapi hanya tuhan saja yang mengetahui betapa saya mencuba hidup secara stabil untuk membahagiakan puteri makcik pada masa depan nanti

saya cuma ingin tegaskan bahawa secara jujurnya saya telah tertarik dengan anak makcik yang perempuan itu dan akan saya mencuba untuk menakluk pintu hati anak makcik walaupun dengan sejengkal jari ini

makcik....

saya ucapkan terima kasih jika makcik membaca warkah ini tapi saya percaya setakat ini tidak mungkin makcik membacanya kerna anak makcik pun belum saya berjumpa dan kenali lagi tapi sekiranya sudah berjumpa dengan anak makcik akan saya hantarkan warkah ini kepada makcik | ini saya boleh janji

makcik lupa pula akan satu hal lagi bahawa tolong kirimkan salam saya kepada papa eh pakcik dan sampaikan padanya supaya menjaga kesihatan kerana saya ingin dia sendiri yang menyerahkan anak perempuannya pada saya satu hari nanti

*****

pecah kaca,pecah gelas
cukuplah makcik baca,saya tidak minta makcik balas



P/S : IMAGINASI DI MALAM HARI 




No comments:

Post a Comment