Wednesday, August 8, 2012

LUPAKAN SAJA


mungkin diri ini perlu lupakan saja akan perkara ini yang mana mungkin menjadi kenyataan bukan..biarlah diri ini menjadi seorang pengecut yang selalu berlindung di bawah selimut takut akan menerima realiti sebenar

daripada menerima pahit akan sebuah kehidupan yang belum pasti  baik pendamkan saja di dalam diri biarkan diri ini berada di dalam dunianya yang tersendiri demi tidak musnahkan jalinan persahabatan yang sudah terjalin lama dengan angan-angan yang tidak masuk di akal ini

mungkin bertepuk sebelah tangan lebih bagus kerana bagi diri ini skala untuk mendapat si gadis tersebut hanyalah 1 daripada 10 ataupun 0.01 dari 10 nampak begitu besar sekali persaingannya untuk diri ini berjaya

persaingan ini lebih kejam daripada persaingan ke pasukan TUDM kerana ia melibatkan jiwa dan perasaan mankala untuk menyertai sesebuah pasukan didalam TUDM hanyalah perlu berbekalkan kekuatan mental dan fizikal sahaja

mungkin betul apa yang selalu diperkatakan oleh encik askar “ kekuatan individu bukan saja memerlukan kekuatan fizikal tetapi dia juga memerlukan kekuatan emosi  untuk mengharungi segala rintangan yang mendatang “
*****

dapat berkawan dengan gadis tersebut sudah cukup besar rahmatnya daripada merosakkan erti sebuah persahabatan dan mungkin juga banyak yang akan perlu dipertaruhkan sekiranya diri ini betul-betul ingin membuat sesuatu yang diluar jangkaan 



P/S: OOHH PENGECUT RUPANYA….


No comments:

Post a Comment