Sunday, August 12, 2012

UTUSAN BUAT SI GADIS

salam mula sebagai pembuka bicara niat dihati untuk menulis utusan ini adalah kerna terlintas di hati ini untuk meluahkan kesemua hasrat yang mungkin tidak akan menjadi realiti

seperti mana yang dikau mengerti jika kaki ini berjaya menerjah awan akan ku tinggalkan segala yang telah ku miliki dan akan ku korbankan segala kehidupan dan jiwa untuk generasi anak merdeka tetapi akan ku resah bila bersendiri dan mungkin selalu terbayang akan wajahmu dan suaramu yang manja taktala menjadi penghibur ketika sepi

akan tetapi yang ku kagum padamu adalah semangatmu bagai srikandi bangsa yang tak lalai membuang waktu percuma dan pasti jiwamu kua penuh dengan cita-cita yang mampu mengoncang dunia..rasa sunggguh bertuah diri ini kerna kupilih dirimu sebagai teman disisi

tetapi pada suatu masa nanti janganlah pula kau lupa daratan disebabkan kejayaanmu lantas kau berdiri megah dan kau hancurkan janji suci ini.pada ketika itu aku hanya mampu berdoa agar dikau semoga selamat dan pulang kepadaku bersama ijazahmu demi memperjuangkan hari depan untuk nusa bangsa

masih jauh lagi perjalananku dan nun jauh di ranjau destinasiku yang pasti berliku dan harus ku tempuh didalam kembara ku ini demi mencari hakiki yang telah kau tetapkan 
                             
                     
*********



P/S : N.A.N SAYA AKAN SENTIASA BERSAMA AWAK :)

Wednesday, August 8, 2012

LUPAKAN SAJA


mungkin diri ini perlu lupakan saja akan perkara ini yang mana mungkin menjadi kenyataan bukan..biarlah diri ini menjadi seorang pengecut yang selalu berlindung di bawah selimut takut akan menerima realiti sebenar

daripada menerima pahit akan sebuah kehidupan yang belum pasti  baik pendamkan saja di dalam diri biarkan diri ini berada di dalam dunianya yang tersendiri demi tidak musnahkan jalinan persahabatan yang sudah terjalin lama dengan angan-angan yang tidak masuk di akal ini

mungkin bertepuk sebelah tangan lebih bagus kerana bagi diri ini skala untuk mendapat si gadis tersebut hanyalah 1 daripada 10 ataupun 0.01 dari 10 nampak begitu besar sekali persaingannya untuk diri ini berjaya

persaingan ini lebih kejam daripada persaingan ke pasukan TUDM kerana ia melibatkan jiwa dan perasaan mankala untuk menyertai sesebuah pasukan didalam TUDM hanyalah perlu berbekalkan kekuatan mental dan fizikal sahaja

mungkin betul apa yang selalu diperkatakan oleh encik askar “ kekuatan individu bukan saja memerlukan kekuatan fizikal tetapi dia juga memerlukan kekuatan emosi  untuk mengharungi segala rintangan yang mendatang “
*****

dapat berkawan dengan gadis tersebut sudah cukup besar rahmatnya daripada merosakkan erti sebuah persahabatan dan mungkin juga banyak yang akan perlu dipertaruhkan sekiranya diri ini betul-betul ingin membuat sesuatu yang diluar jangkaan 



P/S: OOHH PENGECUT RUPANYA….


Monday, August 6, 2012

FAIRYTALE

aku senyum sendiri
fairytale aku menjadi
impian tuan puteri terlaksana
walau penuh rintangan melanda

aku megah sendiri
siapa kata fairytake itu dogeng
mitos semata kaburkan fikiran dan jiwa
sedangkan aku sudah merasakan magiknya
bila si tuan puteri muncul di depan mata

aku selam sendiri
rupanya sungguh indah dunia fairytale
terperangkap dalam istana cinta
cita-cita kecilku tak sia-sia
bila akhirnya aku putera dihatinya

hari ini..esok dan seterusnya
fairytale aku dan dia
akan ku jadikan buku cinta
untuk panduan hidup bahagia selamanya


*******

nurul ain najwa..fairytale saya jadi realiti bila awak menjelma





P/S :TODAY WAS A FAIRYTALE  
 

Wednesday, August 1, 2012

WARKAH UNTUK BAKAL IBU MERTUA

salam mula sebagai pembuka bicara niat dihati untuk menulis warkah ini adalah kerna sudah sampai masanya untuk saya meluahkan segala isi hati ini kepada makcik...

hai mama eh makcik..apa khabar ? saya harap makcik sekeluarga sentiasa sihat dan berada di bawah lindungan tuhan | walaupun saya sudah mengetahui bahawa makcik bukanlah seorang blogger atau mempunyai blog akan tetapi saya tetap jua akan menulis dan menceritakan tentang surat ini kepada makcik

untuk makluman makcik,pintu hati ini telah diketuk oleh anak makcik dan secara serius saya sudah meminati dia | maksud saya disini anak makcik yang perempuan dan bukannya saya nak mencintai anak makcik yang lelaki itu | jangan risau saya normal orangnya

untuk pengetahuan makcik,saya berasal dari sentul,kuala lumpur | sudah lama menetap di kota raya ini boleh dikatakan sejak dari hingusan lagi sehinggalah sekarang menjadi seorang yang gagah di mata anak makcik  


mama eh makcik...

saya sedar bahawa diri ini tidak mampu untuk menjaga anak makcik sekarang tapi hanya tuhan saja yang mengetahui betapa saya mencuba hidup secara stabil untuk membahagiakan puteri makcik pada masa depan nanti

saya cuma ingin tegaskan bahawa secara jujurnya saya telah tertarik dengan anak makcik yang perempuan itu dan akan saya mencuba untuk menakluk pintu hati anak makcik walaupun dengan sejengkal jari ini

makcik....

saya ucapkan terima kasih jika makcik membaca warkah ini tapi saya percaya setakat ini tidak mungkin makcik membacanya kerna anak makcik pun belum saya berjumpa dan kenali lagi tapi sekiranya sudah berjumpa dengan anak makcik akan saya hantarkan warkah ini kepada makcik | ini saya boleh janji

makcik lupa pula akan satu hal lagi bahawa tolong kirimkan salam saya kepada papa eh pakcik dan sampaikan padanya supaya menjaga kesihatan kerana saya ingin dia sendiri yang menyerahkan anak perempuannya pada saya satu hari nanti

*****

pecah kaca,pecah gelas
cukuplah makcik baca,saya tidak minta makcik balas



P/S : IMAGINASI DI MALAM HARI